kerana cuai hospital dungun di saman




Wajah Nur Laila semasa sihat manakala gambar tengah dan kanan menunjukkan Nur Laila menjadi buta dan mengalami alahan kulit.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memfailkan saman kecuaian RM1 juta terhadap Hospital Dungun kerana mendakwa menjadi buta dan mengalami reaksi alahan pada kulit selepas dirawat di hospital itu tiga tahun lalu.

Nur Laila Md. Yusof, 20, pelajar diploma jurusan pentadbiran awam di UiTM di Dungun, Terengganu memfailkan writ saman itu menerusi firma guaman Tetuan T.Vijay & Co. di kaunter pendaftaran e-Filing Mahkamah Sesyen di sini pukul 3 petang semalam.

Anak kedua daripada tiga beradik itu hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini ditemani ibu bapanya dengan diwakili peguam bela T. Vijayandran.

Dalam saman itu, Nur Laila selaku plaintif menamakan Pe­ngarah Hospital Dungun sebagai defendan pertama (tidak dinya­takan nama), pegawai perubatannya, Tan Kian Kheng sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, pelajar yang berasal dari Kuang, Rawang, Selangor itu pergi ke hospital itu selepas demam pada 13 November 2011.

Selepas itu, Nur Laila mendakwa, dia telah diperiksa oleh pegawai perubatan Kian Kheng sebelum diberi enam jenis ubat termasuk ubat jenis T amoxycillin, syp benadryl, CMC eye dan hydrocortisone cream.

Bagaimanapun, selepas me-ngambil ubat-ubatan itu, plaintif mendakwa, keadaannya bertambah teruk dengan suhu badannya bertambah panas manakala kulitnya berbintik-bintik merah seperti cacar air atau seolah-olah melecur.

Nur Laila memberitahu, dia kemudian pergi ke Hospital Sungai Buloh pada 18 November 2013 bagi mendapat rawatan lanjut sebelum kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana keadaannya bertambah teruk.

Setelah diperiksa, Nur Laila didapati mengalami reaksi alahan toxic epidermal necrolysis (reaksi yang serius pada kulit) terhadap ubat antibiotik amoxy-cillin yang diberi oleh Kian Kheng.

“Kesan reaksi alahan tersebut telah menyebabkan fungsi kedua-dua belah mata plaintif terjejas teruk hingga mata kanan terpaksa dibuang, juga terdapat kesan lecuran dan kesakitan yang teruk akibat ke­cuaian defendan-defendan itu,” kata plaintif dalam pernyataan tuntutan tersebut.

Berikutan itu, plaintif menun-tut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Vijayandran berkata, bahawa writ saman itu akan di­serahkan kepada semua defen­dan pada minggu depan.

Sementara itu, bapa mangsa, Md. Yusof Abd. Kadir, 57, ketika ditemui pemberita berkata, dia sangat terkilan dan sedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu yang sehingga lebih tiga tahun belum ada pembelaan sewajarnya.

“Sehingga kini, Nur Laila menjalani sekurang-kurangnya tiga pembedahan pada kedua-dua belah matanya namun anak saya tetap tidak dapat melihat selain dia terpaksa menangguhkan pengajiannya,” katanya yang kesal dengan nasib menimpa Nur Laila.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI