bahaya kenalan facebook...kerugian di tipu kenalan FB RM300,000



LABUAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.

Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11 Nov dengan mendakwa satu transaksi pemindahan matawang bank memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan sindiket penipuan matawang asing.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata modus operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga asing dan tempatan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya berkaitan transaksi pemindahan matawang bank berjumlah US$2 juta menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam ‘perbualan Facebook’ itu, mangsa diminta berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.

“Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg mengandungi matawang berjumlah US$2 juta.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu. - Bernama

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI