ingat nak elak pupus klon binatang zaman purba...lepas nie kalau klon bangkai dinasour pulak memang nak cari mampos...silap silap manusia yang pupus...!!!



SEORANG saintis melihat bangkai seekor anak mamot yang dijumpai di satu kawasan berais di Siberia, Rusia pada tahun lalu.

NEW YORK – Bangkai seekor anak gajah purba atau mamot yang dijumpai di dalam satu kawasan berais di Siberia mungkin akan diklonkan untuk menghidupkan semula haiwan berkenaan. 

Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dilaporkan berusaha mengambil sampel daripada bangkai berkenaan yang dijumpai pada tahun lalu itu. Mamot itu berada dalam keadaan baik selepas berada di dalam ais sejak beribu-ribu tahun lalu.

Kini para saintis berharap sampel yang masih sempurna yang diambil daripada bangkai berkenaan membolehkan haiwan itu dihidupkan semula dengan teknik pengklonan selepas pupus hampir 10,000 tahun lalu.

Seorang pakar paleontologi dari AS, Dr. Tori Herridge berkata, inilah kali pertama beliau menemui bangkai mamot yang berada dalam keadaan sangat baik dan masih mempunyai daging. 

“Saya sebelum ini mengkaji haiwan yang hanya tinggal sisa tulang atau bulu tetapi kali ini sangat berlainan kerana saya boleh menghidu bau darah mamot ini,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI