Kisah makanan dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan sudah berulat memang bukan cerita baru.
Apa agaknya ada dalam fikiran peniaga makanan yang tergamak mengabaikan kebersihan hingga pelanggan mereka boleh terjumpa benda menjijikkan begini agaknya?
Terbaru seorang pelanggan berkongsi video merakamkan ulat yang terkodek-kodek dalam bungkusan nasi lemak daun pisang berlauk ikan yang sedang dinikmatinya
Lokasi kedai makan tidak dimaklumkan namun ia dipercayai terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aduh, siapa tak terliur bila lihat bungkusan nasi lemak siap dibalut daun pisang kan?
Bayangkan betapa seleranya pembeli nasi lemak ini membuka bungkusan makanannya sambil menelan liur tapi tup-tup disambut dengan ulat-ulat kecil yang berjoget di sebalik sambal.Puhh pastinya selera yang membuak buak untuk menikmati makanan ini tiba tiba hilang begitu sahaja .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI