cinta seorang wanita : aku terima kejujuranmu



Kenapa tidak pernah ku temui cinta dan kasih yang sebenar. Aku insan yang sering kecundang dalam melayari alam percintaan. Kenapa, kenapa.... Kenapa..arrghhhh!!!

Mungkin aku harus melupakan lelaki, Ya aku perlu berdiri semula seperti dulu sebelum aku mengenal erti cinta. Cinta lelaki yang dusta!!!

"apa semua ni, u janji nak keluar dengan I, tapi u keluar dengan perempuan bodoh ni, then u boleh pulak bagi alasan yang tak munasabah! damn u!" teriakan yang kasar dari seorang gadis yang benar-benar angkuh di depan ku ini benar-benar membuat darah muda ku ini tiba-tiba naik, tatkala perkataan bodoh yang di tuju pada ku sambil menunding jari ke arah ku..Si Zarul ni pula macam tunggul kena maki dengan perempuan, diam je.

Bisikku dalam hati sambil menahan marah. Memang dasar lelaki penipu, kata takde perempuan lain dalam hidup dia selain aku. Ini siapa pulak yang tiba-tiba nak maki hamun kat sini. Kalau bukan special gilrfriend, kenapa gadis ini benar-benar marah. Kalau aku sendiri pun akan mengamuk. Tapi bukan setakat mengamuk je, terbalik agaknya meja ni.Bisik hatiku.

"eh, sudah... korang nak gaduh jangan libatkan aku, aku dengan dia sebenarnya takde apa-apa hubungan, ok... aku ni sepupu dia.! Teriakku membalas kata-katanya sambil berdiri untuk meninggalkan tempat di mana aku dan Zarul sering bertemu di café berdekatan dengan tempat kerjanya.

Sambil aku berlalu meninggalkan mereka berdua yang terpinga-pinga di situ tanpa sebarang kata-kata pada Zarul yang sememangnya terkejut dengan tindakan ku, cuba memanggil namaku, "Isya, Isya.... Nanti dulu nanti I explain". konon la tu berlakon nak pujuk aku. Mampus engkau la lelaki penipu..Tengok bukan dia kejar aku pun, sambil aku berjalan laju sempat aku menoleh kebelakang melihatkan tindakannya.

Memang hampeh dia berlalu bersama gadis tadi. Mungkin gadis tadi percaya akan kata-kataku, yang aku ini sepupu jantan penipu itu. "Eiiiii.... Sakitnya hati aku" tak semena-mena kata-kata itu terkeluar dari mulutku, rasa nak menjerit beritahu semua orang hati aku sakit sangat disaat ini. Kalau nak di ikut kan hati mahu aku lempang muka si Zarul waktu itu juga, tapi memikirkan tempat orang ramai aku lupakanlah hasrat ganas aku itu.Tanpa ku sedar airmataku mengalir jua walaupun ku cuba bertahan, namun hatiku ini tetap hati seorang perempuan.

Hari berganti hari, malam berganti malam, panggilan demi panggilan Zarul tidak pernah ku jawab, bagiku penjelasannya nanti semua untuk memperbodohkan diri aku yang sememangnya sejak dari dulu dah di perbodohkannya. Aku memang tidak pernah mendengar nasihat kawanku Miya yang sangat mengambil berat tentang diriku. Dia pernah nasihatiku agar jangan mempercayai Zarul sepenuhnya. Tapi aku tidak pernah menghiraukan nasihat Miya , kerana aku sangat menyayangi Zarul, apatah lagi disaat dia kesempitan wang aku lah yang sering membantunya.

Tapi bila aku susah, takde pula aku bersusah payah mencari si Zarul tu, Miya juga yang jadi mangsaku. "ermmm... Miya kalau la kau ada kat sini mesti kau gelak kan aku tak dengar cakap kau kan... sekarang aku memang tengah merana ni...Miya tolong la aku.. aku tengah sedih ni" kata-kataku seolah-olah seperti orang yang hilang arah, dengan siapa aku nak mengadu, Miya dah ke luar Negara sambung belajar, tinggallah aku keseorangan di sini, tak kan perkara macam ni aku nak cerita kat mak aku di kampung. "errggghhhh...." keluhan demi keluhan yang mampu ku luahkan. Tapi hati ini tetap terluka.

Pagi ini aku berkerja seperti biasa, aku cuba untuk lupa semua perkara yang kusut di fikiran ini, tentang hutang-hutang Zarul padaku sebelum ini, biarlah dia tanggung sendiri, tapi aku tetap tak halalkan, hutang tetap hutang. Waktu nak meminjam ayat bukan main manis sampai aku sedih lah mendengarkan cerita kesusahan dia nak bayar hutang, rupa –rupanya meminjam kat aku untuk berbelanja kat perempuan jahanam tu.


"Selamat pagi cik." Tersentap lamunan ku tatkala suara lelaki yang seperti pernah ku dengar sebelum ini.
"Ya selamat pagi, Encik....." terkedu sebentar aku tatkala berpaling pada wajah yang sangat ku kenali.
"eh, macam kenal" sapa pemuda itu sambil mengingati sesuatu. Aku mula tersipu-sipu di tenung pemuda itu, terus menyapa.
"ala peminat no.1 aku dulu masa kat sekolah dulu, kan kan.." seloroh ku sambil tersenyum manja padanya seolah-olah terubat rindu ku padanya tatkala 4 tahun perpisahan selepas tamat sekolah di tingkatan 5.

Wajahnya sama sekali tidak berubah, tetap segak seperti di bangku sekolah dulu. Amri namanya, sering di gosipkan dengan ku sewaktu di tingkatan 5, waktu itu dia baru bertukar sekolah di mana aku belajar dan di tempatkan satu kelas dengan ku. Waktu yang singkat dia dapat mengenali ramai kawan-kawan baru di sekolah itu, namun dalam diam dia menyimpan perasaan terhadapku, sapaannya padaku tatkala bersua lain sepaerti kawan yang lain, aku mulai syak setelah mendengar kata-kata kawan yang lain seolah-olah memerlinya tentang diriku. Ku cuba bersikap tidak mengerti, namun setelah kata-kata cinta yang terluah pada bibirnya, aku mulai menjauhkan diri darinya, bagiku zaman persekolahan bukan untuk meraih cinta.

Sikap aku benar-benar menyinggung perasaannya. Layanan ku lebih pada kawan- kawan lelaki yang lain, yang lebih nakal tidak sepertinya yang bersikap tenang dan sering berkata-kata lembut dengan semua orang. Ada beberapa pelajar perempuan samada di dalam kelas kami mahupun di kelas yang lain mulai rapat dengannya termasuk teman baik ku sendiri, Lisa, Najwa dan Malisa mulai menjauhkan diri dari aku.

Kata mereka aku mulai liar berkawan dengan pelajar lelaki yang berada di kelas tercorot dan sering membuat kacau di sekolah, tapi aku tidak mengikut perangai mereka, tapi sekadar berkawan untuk mengelakkan diri dari bercinta dengan sesiapa di sekolah. Tapi tak sangka pula tindakan yang aku sendiri tidak sedari ini menyebabkan aku di pulau kawan-kawan baikku. Nasib baiklah dah masuk semester ke dua., aku terpaksa bertahan dan pekakkan telinga dengan sindiran kawan-kawan sekelas.

"hissshhh....Cepat la sikit habis semester sekolah ini." kata ku lemah sambil menyelak-yelak buku rujukan sejarah dengan malas.

"aikk, napa pulak ?" sapa Rahmat yang duduk disebelah ku yang di hadapannya Khairul yang terpinga-pinga mendengarkan kata-kataku.

" yela lagi cepat habis sekaolah lagi bagus dari aku mengadap muka korang semua kat sekolah ni, menyampah aku!" kata-kata ku serius.

"tambah lagi kawan-kawan aku yang satu kelas, macam dah pulaukan aku, tinggal si Malia dengan Shima je sudi kawan dengan aku, tapi hari ni diaorang tak datang pulak..eiiii...macam beruk aku kat kelas tadi" tambah ku lagi bagai melepas geram.

" ala aku kan ada" celah Rahmat yang suka menyakat.
" ah, pasal kau la aku kena pulau tau, kau sibuk ajak aku keluar konon nak cari buku la apa lah... alih-alih kena gossip dengan kau, mangkuk!" kata-kata ku walau dengan nada bergurau namun wajah kekal serius.

" ala sebenarnya kawan-kawan kau tu nak kat aku , tapi aku tak nak, itu pasal diaorang jeles dengan kau, sebab aku pilih kau...hahahaha" kata-kata seloroh Rahmat menderaikan ketawa Khairul yang dari tadi asyik mendengar perbualan kami.

"isssshhhhh.! Boleh tolong diam tak ini perpustakaan bukan funfair, kalau nak memekak pergi keluar!!!..." Kata-kata tegas dari seorang pengawas perpustakaan yang sejak dari tadi memerhatikan kami sambil menunjuk isyarat tangan di mulut benar-benar membuatkan aku rasa malu.

Tergesa-gesa si khairul dan Rahmat yang asyik mentertawakan ku menutup mulut untuk mengawal ketawa mereka yang berderai itu. Aku mulai rasa marah dengan tindakan mereka yang cuba untuk memalukan aku, tatkala semua pelajar yang ada di dalam perpustakaan memandang ke arahku, kelihatan juga pelajar-pelajar perempuan yang ada membuat 'study group' di situ mulai berbisikan. Rupa-rupanya sewaktu kami di tegur pengawas tadi, Amri ada bersama Lisa di meja hujung sedang memerhatikan kami.

Wajah ku mula berubah melihatkan kemesraan mereka , apabila Lisa menyedari aku sedang memerhatikannya, dia cuba mengalih pandangan sambil berbual mesra dengan Amri. Semua itu taktik Lisa yang cuba untuk menyakitkan hatiku. Entah kenapa aku punyai perasaan begitu? Cemburu?. Ah.... ni perasaan karut tak mungkin ,aku tak pernah nak terima perlawaan Amri untuk berhubungan serius, masa kan aku punya perasaan padanya.

Aku mulai mengemas alat tulis perkakasku yang berselerakan sejak dari tadi bersama dengan buku-buku rujukan yang ku ambil, namun tak ku telaah 1 buku pun yang aku ambil, semua itu Cuma eksyen je, almaklum dah nak SPM. Tapi aku tak dapat untuk menumpukan perhatian pada pelajaran, semua gara-gara mood aku yang dah hilang bila timbul perasaan sebegini. Aku berlalu meninggalkan perpustakaan dengan perasaan yang berbaur, tanpa ku hiraukan panggilan dari Rahmat dan Khairul yang sejak dari tadi tak habis-habis nak persendakan aku.

"nak surat dari insan yang kecewa!" dihulur Lisa padaku sepucuk surat yang terlipat kemas.
"apa kecewa? Siapa yang kecewa? kalau kecewa pun apahal bersurat-surat ni, kau buang tebiat apa?!" sergahku dengan nada kasar, namun tak ku sambut huluran surat itu dari Lisa.
"wei, bukan aku lah takde pasal aku nak bersurat-surat dengan, ini amanah dari seseorang aku kena bagi jugak walau hati aku tak rela." Kata-kata sinis Lisa mula menikam jantungku.

Surat di campakkan di atas meja, agak lama juga aku merenung surat yang ku tak pasti dari siapa, namun dengan perkataan 'insan kecewa' pasti aku tahu siapa insan yang malang sangat itu. Surat ku sambut, ku campakkan masuk ke dalam beg, bagiku tak sesuai untukku baca ketika ini, kerana banyak mata-mata sudah mula memerhati.

'Isya, moga satu hari nanti kau kan mengerti betapa mendalam dan ikhlasnya kasihku terhadapmu. Tidak ku sangka di saat pertemuan dan hubungan kita selama ini tidak menimbulkan sebarang perasaanmu terhadapku. Terlalu mudah kau menolak cintaku, namun di sudut hatiku kau tetap akan menjadi milikku, moga kau di limpahi bahagia dan aku tidak sekali akan melupai wajah manismu'
Sekian dari 'insan kecewa'
-Amri-

"ishh..... jiwang karat!" surat ku lemparkan. Tak sanggup rasanya nak membaca dengan jelas dek baris kata-katanya yang agak mendalam. 'oh, kau hantar pada posmen yang kepoh, pasti huru-hara esok! takpe sebelum perempuan tu buat kecoh, baik aku huru harakan suasana dulu' bisik hatiku yang mula merangcang sesuatu.

Loceng sekolah berbunyi menandakan kelas sessi pagi sudah tamat.

"hello kawan, oppsss... mamat jiwang karat! Kalau ye pun tak payah nak guna posmen kepoh kat sini nak bagi surat ayat bunga-bunga macam ni, buat minah tu jeles je buat pe? kang bertambah lagi fitnah kat aku nanti" kata-kata ku menyindir Lisa yang duduk di hadapan tempat duduk Amri sambil mengerling ke arahnya, kelihatan wajah Lisa yang mulai gelisah.

" then, patutnya cakap depan aku "direct", gelilah aku guna surat-surat ni, bukan style aku la Amri!" kata ku tegas sambil mencampakkan surat yang ku pegang sejak dari tadi ke muka Lisa. Terpinga- pinga Lisa tatkala aku bertindak demikian, Amri hanya tersenyum sinis, aku tahu dia menahan malu, biar dia tahu bagaimana perasaan ku tatkala sering di malukan di dalam kelas dek sindiran kengkawan. Ini semua gara-gara cerita sedihnya mengatakan aku berlaku curang padanya, tapi pelik bila masa aku bercinta dengannya. Bagiku aku hanya berkawan dengan sesiapa sahaja. Zali sahabat baik Amri yang duduk di sebelahnya mulai bangun melihatkan tindakanku yang agak melampau.

" wei, Isya kau jangan melampau sangat nak malukan kawan aku macam ni!" kata Zali tegas sambil menunding jari padaku memberi amaran.

"oh...oh, oh.... Sahabat baik memberontak! Kau jangan suka nak menyibuk hal kitaorang boleh tak? Aku Cuma nak bagitahu kawan baik kau ini, tak payah nak cerita-certa sedih , jiwang dalam sekolah ini, eh! come on la ini sekolah bukan taman nak cerita hal-hal peribadi!" suaraku mulai meninggi, perasaan marah ku tak dapat di bendung lagi, kerana perasaan aku mula di persendakan. Untuk apa Amri menghebohkan perkara ini sedangkan aku sendiri tidak mengerti apa yang dia inginkan dariku.

"Isya dah la tu, ok... kalau saya salah saya minta maaf banyak-banyak, tapi awak tak payah lah marah-marah macam ini" jelas Amri yang menampakkan penyesalan.

"shut up!! aku tak akan bercakap dengan kau apa-apa lagi lepas ni, kawan yang aku percaya pun tikam aku dari belakang, apatah lagi kau kan, tambah lagi hati kau memang sakit dengan aku. Kau luahlah semua perasaan kau kat perempuan senget ni dah la kecoh nak mampus!"

'pangggg'. Kerusi pula yang jadi mangsa tendangan ku sebelum itu jari ku tunding pada Lisa yang sejak dari tadi memerhatikan gelagatku, termasuk rakan-rakan kelas yang tergamam melihatkan tindakanku, namun semua itu tidakku endahkan, kemarahanku mulai memuncak, aku segera beredar dari kelas sambil mencapai beg galas sekolah ku.

Peperiksaan SPM sudah selesai, kini yang tinggal penghujung tamat persekolahan, kelihatan semua pelajar saling bersalam-salaman sesama mereka, sambil mengucapkan selamat tinggal kepada para guru yang berada di satu sudut untuk bersalaman dengan semua para pelajar semester akhir ini. Aku pula berada di satu sudut dengan berwajah sungul menunggu Malia dan Shima selesai dari bersalaman dengan guru-guru disana. Entah kenapa hari ini terasa amat sedih tatkala hari ini merupakan hari terakhir aku berada di dalam sekolah yang menyimpan banyak kenangan manis dan pahit yang sukar ku lupakan.

Teringat kembali sewaktu di dalam kelas, ketika itu tiada lagi guru yang masuk ke dalam kelas mengajar kerana semua mata pelajaran sudah habis diajar, hanya menunggu peperiksaan penentuan tiba. Sedang aku rancak berbual dengan Malia dan Shima , tersentak kami dengan hentakan buku di atas meja di tempat kami duduk, sekujur tubuh kecil sambil mencekak pinggang dengan riak muka yang bengis, memandang tajam kearah ku.

" kau ni kenapa hah... tak habis-habis nak menyakitkan hati aku!" teriak Lisa benar-benar menyentap perasaanku yang pada mulanya agak tenang. Ini semua nak memalukan aku la ni. Bisik hatiku.

" apahal dengan kau ni, gila ke?!" teriakku sambil berdiri menjegilkan mataku ke arahnya. Dia tidak berganjak sama sekali, sebaliknya cuba bertindak kasar terhadapku. Di tolaknya bahuku dengan kasar menyebabkan aku terduduk semula. Tanpa ku sedar dengan pantas aku berdiri semula dan memberi satu tamparan yang kuat pada pipi Lisa yang berlagak macam kuat la konon, badan pun sekeping ada hati nak berlawan dengan aku. Terjelepuk Lisa ke lantai sambil memegang pipinya yang dah terkena penangan aku tadi.

" oii... kenapa ni gaduh-gaduh ni macam bebudak". Celah Azrul yang kebetulan baru masuk ke perkarangan kelas. Pelajar yang lain yang berada di dalam kelas hanya menjadi pemerhati, tak masuk campur kerana tak tahu perkara yang sebenar. termasuk aku yang sejak dari tadi terpinga- pinga kenapa aku di herdik dan di tolak kasar oleh Lisa. Tak semena-mena aku yang mengamuk.

"siapa suruh kau tolak aku, hah! ambikla kau sebijik, itu baru sikit kalau kau nak lagi tolaklah aku lagi! " herdik ku yang tak dapat mengawal kemarahan lagi.

Dalam waktu yang sama kelihatan Amri datang dengan tergesa-gesa melihatkan kekecohan yang berlaku, si Lisa pula nampak kelibat Amri dengan pantas bangun menuju ke arahnya sambil mengadu.

"perempuan tu gila... I cakap baik-baik dia tamparnya I Amri, u ajar sikit ex-girlfriend u tu!" kata-kata Lisa benar-benar membuatkan aku naik berang yg teramat

"wei, perempuan sial, aku belum gila kau yang gila datang serang-serang orang macam perempuan sundal lagi banyak cerita, kau datang sini aku terajang kau pulak!" nadaku semakin tinggi tak dapat di kawal lagi tatkala kata-kata bohong dari Lisa yang cuba memburuk-burukkanku.

" kurang ajar kau cakap aku sundal, hei kau yang sundal, kerja kau memang suka menyundal dengan semua jantan kau tak sedar.!" Celah Lisa yang berbau penghinaan itu membuatkan aku terus meluru ke arahnya dengan keadaan marah yang tak boleh di kawal lagi, namun tindakan ku yang pantas cuba mengayun tangan pada muka si bedebah itu di tepis oleh Amri.

" jangan Isya, ini sekolah kalau awak nak lepaskan kemarahan lepaskan pada saya. Tak elok kamu berdua kawan rapat bergaduh macam ini." berkedut dahiku tatkala kata-kata itu yang keluar dari mulutnya, namun nadanya tetap lembut seakan memujuk. Tapi jangan dia fikir dengan pujukan dia itu aku akan lepaskan perempuan jahanam ini, kawan baik tengkorak kau! Gertak hatiku. Tangan ku yang di pegang Amri ku rentap kasar.

"kau jaga sikit!, kau ingat ada orang back up kau sekarang, balik nanti aku tak boleh jumpa kau ke?!" gertak ku pada Lisa. Selama ini sebelum dia cuba nak cari gaduh dengan aku inilah dia selalu minta tolong buatkan kerja-kerja seni dia yang sering terbengkalai, asal projek seni yang cikgu bagi pasti dia orang pertama mencari aku. Tapi....sekarang ini kau nak cari pasal dengan aku, kau siap la balik ini, aku tak lepas kau punya. Bisik hati ku sambil menjeling ke arah pasangan sejoli tadi. Arghhh... sakitnya hati aku, Amri! kau boleh back up perempuan gedik itu.

Tersentap lamunan ku tatkala suara garau tapi lembut nadanya hinggap ke cuping telingaku memanggil namaku.

"Isya... selamat maju jaya" sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan ku, bertentangan sejenak mataku dengan matanya. Amri... memang lembut wajahmu, tenang menatap wajahmu amun kenapa hati ini tidak mampu menerimanya. Mungkin
aku sedar bahawa diri ini tidak layak utuknya yang berbudi pekerti, tidak seperti ku yang bersifat agak kasar dan seorang yang pemarah.

"kalau ada jodoh kita bertemu juga, walaupun kalau awak cuba nak larikan diri dari saya." Tersentap aku dengan kata-katanya seolah menyindir, tapi penuh bermakna.

"kita lupakan sengketa lama, jangan awak benci saya ye."sayup kata-katanya menyentap ke sanubariku.Entah kenapa tiba-tiba aku merasa sedih tatkala perpisahan ini. Sepeti ini kali terakhir aku menatap wajahnya. Mungkin rindu akan menyerpa, kerana dia insan yang sangat memahamiku, mengambil berat. Mungkinkah aku akan menemui insan sepertinya di luar sana. Keluh hatiku.

" tak sangka kita bertemu jugakan, betul tak cakap saya kalau jodoh tak ke mana?" seloroh Amri bagai menyentap hatiku, perasaan malu mula menerpa.

"eh, mana awak tahu yang kita ini ada jodoh, ini semua kebetulankan".celah ku cuba untuk menyembunyi perasaan yang berbaur ini.

Pertemuan yang tak disangka ini kami raikan di sebuah restoran yang berdekatan di pejabat tempat ku bekerja, rupanya Amri sekarang dah jadi eksekutif di sebuah syarikat terkemuka di KL ini. Dia muncul di syarikat tempat aku bekerja pun kerana syarikatnya ada hubung kait dengan urusan syarikat aku bernaung. Syukur ada juga yang muncul disaat getir ini, disaat aku memerlukan seseorang untuk mengubat hatiku yang lara ini.Namun tak mungkin sekali aku akan mempergunakannya untuk kepentingan ku sendiri. Aku ikhlas ingin menjalin hubungan sebagai kawan dengannya kerana aku tahu dia insan yang jujur dan boleh di percayai.

Hari demi hari hubungan kami semakin rapat, kebetulan pejabatnya tidak jauh dari tempat ku berkerja, jadi setiap waktu rehat tengahari kami sering bertemu dan menikmati juadah makan tengahari bersama, dia yang sering datang mempelawaku keluar bersamanya menaiki kereta mewahnya. Dia salah seorang classmate aku yang berjaya, aku tumpang bangga. Namun terdetik juga perasaan bahagia tatkala bersama dengannya. Aku lebih tenang dan berkeyakinan kerana kata-katanya sering membuatkan aku membuka mata dan berhati terbuka.

"Isya... awak dah ada special boyfriends ke?"tiba– tiba soalan yang tidak ingin aku dengari terpancul juga dari mulut Amri.

"kenapa tiba-tiba tanya soalan ni Amri, kalau saya ada special boyfriend saya tak akan keluar makan dengan awak setiap hari tau, lagi baik kalau saya keluar dengan pakwe saya tu". Kata ku memerli, sambil menjeling manja ke arahnya. Dia cuba untuk merenungku namun ku alih pandangan dari bertentang mata dengannya, malu pula diperlaku begitu.
Sejak bila pula aku bertukar jadi perempuan sopan santun, lagi pemalu ini. Hampeh...
Nak jadi perempuan melayu terakhir di mata dialah konon.

"hai,dah dapat penganti nampak!" sergah Zarul yang datang entah dari mana, benar-benar mengejutkan aku.
"eh, apa kau buat kat sini?" soalku, dengan perasaan yang agak berdebar ketika itu cuba bersikap bersahaja.
"eleh.... dah ada orang baru dah lupa kat kita, siapa ini?" soal Zarul dengan nada keras.
" perlu ke aku kenalkan dengan kau, kau pun tak pernah nak kenalkan spare part kau kat aku.!" Jawabku sambil menjeling ke arahnya, seolah cuba nak meghangatkan suasana.

"oh, macam ni kau ye, aku buat silap sikit kau nak tinggalkan aku macam tu je, ingat Isya aku tak akan sekali-kali lepaskan kau, aku masih sayangkan kau!" kata-kata Zarul mencabar kesabaranku.

"shut up!, kau jangan cakap pasal sayang-sayang kat sini, kau berambus!" pantas aku berdiri menjegilkan mata dan menghalaunya beredar dari situ. Melihatkan tindakan ku yang agak mengila, Amri cuba menenangkan ku. Kelihatan banyak mata-mata yang memerhatikan aksi drama kami. Aku mulai rasa malu dan mulai beredar dari situ sambil menarik beg tangan ku di atas meja dengan kasar. Amri cuba menghalangku namun ku rentap kasar tangannya. Maafkan aku Amri, aku benci melihat muka Zarul si penipu itu. Aku berlalu meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga melihatkan tindakanku.

Sudah dua hari aku bercuti sakit, dengar khabar dari kawan sepejabatku, Amri sering datang mencariku di pejabat, kelihatan wajahnya yang risau setelah mengetahui yang aku cuti sakit selama dua hari. Dia juga ada meminta alamat aku tinggal namun ku larang temanku agar tidak memberitahunya. Aku tak mahu dia bersusah payah kerana ku. Aku tahu dia ikhlas terhadapku dan masih menaruh harapan pada ku.

Tapi kenapa, sewaktu aku memerlukkannya hadir, aku bertemu dengan Zarul yang penipu, sebelum ini Sharil yang setelah sekian lama aku abdikan cinta padanya, rupa-rupanya dia suami orang yang sudah beranak dua , waktu itu hatiku hancur lebur. Namun dengan kehadiran Zarul pada mulanya bagai pengubat lukaku, tapi tak sangka di saat aku mulai percayai lelaki, Zarul pula memperbodohkanku. Aku mulai melupakan insan yang bergelar lelaki!. Tapi entah kenapa aku harus di temui dengan Amri???.. kali ini aku takut untuk melukainya, kerana layanannya terhadapku masih seperti dulu, sikapnya juga tidak berubah sama sekali.

Masih seorang yang tenang, penyayang, pengasih, dan setiap kata-katanya bagai menikam-nikam jiwaku yang baru bertekad untuk tidak bercinta lagi. Kali ini perasaan sayang mulai timbul, tapi kali ini Amri tidak pernah meluahkan kata-kata ingin serius berhubungan denganku. Jadi ada lebih baik aku mendiamkan diri, andai cinta itu masih ada untukku, aku akan menerimanya seadanya, namun sekiranya dia sudah ada yang bertakhta di hatinya kini, aku redha.

Deringan telefon bimbitku menyentap lamunanku. "hello".lemah suaraku tidak bermaya.
"hello Isya, awak kat mana tu? Saya dengar awak tak sihat, macammana keadaan awak sekarang?" Suara Amri agak cemas.
"ala, awak ni, saya demam biasa je ni, tak ada apa-apa jangan la cemas sangat. Saya ada kat rumah ini." Jawabku, namun suaraku agak lemah.

"awak dah pergi klinik ke? Nak saya hantarkan?"pelawa Amri.
" sudah, pagi tadi dah pergi, terima kasih Amri ambil berat pasal saya". Sambung aku yang masih terlantak di atas katil tak bermaya, di tambah fikiranku yang kusut.
"nanti kalau awak dah sihat, boleh kita jumpa? saya ada hal nak bagitahu awak." Kata-kata Amri mendebarkan aku. Apa yang dia mahu jelaskan, pelbagai persoalan hinggap di benakku. Talian di putuskan, ketika itu kesunyiaan tiba-tiba menerpa ke jiwaku.

"assalamualaikum, maaf cik boleh saya berjumpa dengan cik Isya, dia bekerja di sinikan" pertanyaan seorang gadis kepada Maya selaku khidmat pelanggan di kaunter, memberhentikan langkahku tatkala berjalan melalui kaunter di mana gadis itu berdiri.
"iye, cik cari saya ke?" sapa ku pada gadis yang bertanya tentang ku, mungkin dia salah seorang dari syarikat Cermat enterprise yang membuat temujanji dengan ku semalam.
"cik dari Cermat Enterpise ke?" sambung ku lagi untuk kepastian.
"oh, tidak saya takde apa-apa urusan tentang kerja, tapi peribadi." agak keras nadanya. Sambil tersenyum sinis memandangku.

Siapa dia ini, hal peribadi, hatiku mula berdebar. Mungkin ini salah seorang dari makwe si penipu itu, detik hatiku. Namun aku cuba bersikap bersahaja.

"ermmm...maaf cik saya berada di sini untuk urusan kerja saje, hal peribadi nanti saya pertimbangkan, saya minta diri dulu." Sambung ku sambil berlalu.
"nanti dulu ini berkenaan hidup dan mati!, pasal Amri!" kata-kata gadis ini benar-benar memeranjatkan ku, langkahku terhenti, lalu ku toleh untuk kepastian. Aku salah dengar, pasal Amri?, tak mungkin, detik hatiku.

"ya. Saya tahu awak kenal rapat dengan dia, kalau awak tak nak orang lain dengar apa yang saya ingin katakan, terima pelawaan saya untuk berjumpa malam ini di sebuah restoran tertutup di bangsar tempat di mana awak selalu berduaan dengan dia.!" Tegas kata-katanya sambil berlalu dan menjeling tajam kearah ku. Melihat keangkuhan gadis tadi aku dan Maya saling berpandangan. Aku beredar menuju ke meja ku dengan perasaan berbaur.

Janji ku kotakan, aku memberanikan diri ke tempat yang gadis itu maksud kan petang tadi, walaupun perasaan berbelah bagi, namun aku ingin tahu perkara sebenar. aku tidak mahu perempuan ini datang ke pejabat ku lagi membuat kecoh. Hati semakin berdebar tatkala kereta yang ku pandu memasuki perkarangan tempat yang di janjikan.

Aku meletakkan keretaku tidak jauh dari restoran yang di maksudkan, aku masuk keperkarangan restoran yang tertutup itu, ku cuba tinjau-tinjau dan mengecam gadis yang ingin bertemu denganku, tidak kelihatan di tingkat bawah, aku melangkah untuk ke tingkat atas, sambil memerhatikan sekeliling yang bergantungan gambar-gambar pemandangan sedikit sebanyak melegakan debaran yang ku alami.
Di satu sudut kelihatan sepasangan yang sangat aku kenali, Amri sedang di usap pipinya mesra oleh gadis yang menemuiku petang tadi.hati ku bagai dipanah petir, badanku mula mengigil aku sendiri tak pasti akan perasaanku kini, kenapa aku harus cemburu? Aku biarkan perasaan ini berbaur, ku gagahkan juga kaki melangkah kearah mereka yang sejak dari tadi tidak menyedari kehadiranku.

"assalamualaikum." Sapaku bersahaja.
"waalaikumsalam" pantas di jawab gadis itu sambil menoleh kearahku. Kelihatan Amri berubah wajah tatkala menyedari aku berdiri di sisinya, wajahnya agak binggung, mungkin kerana hairan aku berada di sini tanpa pengetahuannya.

"hah, abang kenapa diam? buat-buat tak kenal ke apa ni?" soal gadis itu seolah memerli kami berdua.

"macammana Isya boleh ada kat sini" tergetar-getar suara Amri.
"hah..kenal pun.. aii biasa la, ini kan tempat abang dengan dia selalu dating, mesti la dia datang sini nak jumpa abang" kata-katanya semakin sinis, namun aku cuba bersikap bersahaja.
"boleh saya tahu apa yang awak nak bagitau saya petang tadi?" soalku.
"kalau ye pun duduk la dulu, tak sempat-sempat nak tahu pasal kami ke? Kata-katanya bagai menikam jantungku.
"ok.... Kalau kau nak cepat sangat aku pun takde masa nak layan kau, cuma aku nak bagi tahu yang kau ni bakal jadi perampas tunang aku!" tegas dan lantang suaranya.

Kalau ikutkan baran aku yang sedia ada pasti meletup perempuan ini aku kerjakan. Tapi siapa aku untuk bertindak membela diri kerana aku sendiri tak tahu yang Amri tunangan orang, dalam hal ini pasti aku juga bersalah kerana berkawan rapat dengan tunang orang. Tapi kenapa Amri merahsiakannya pada aku yang menaruh harapan padanya.Ah...semua ini karut tak mungkin aku masih di hatinya, dah jelas di depan mataku, telingaku dengan penjelasan yang sebenarnya aku sendiri tidak ingin tahu.

"maaf, saya tak pernah tahu, tolong jangan tuduh saya macam itu, saya hanya bekas classmate Amri dulu." Penjelasanku ini hanya untuk menjernihkan keadaan dan tidak ingin sekali aku menjadi penghalang dalam perhubungan mereka. Mungkin Amri sudah bahagia untuk apa aku menjadi penghalangnya.

"saya minta maaf banyak-banyak saya tak akan berhubung dengan Amri lagi walaupun dalam kerja, saya akan cuba cari orang lain untuk gantikan tempat saya bagi menguruskan projek company kami, bagi memuaskan hati cik....supaya cik tak buruk sangka dengan saya lagi, hmmm...1 lagi untuk pengetahuan cik, saya selalu datang ke restoran ini bukan sebab saya berdating dengan dia, but restoran ini ada berurusan dengan saya berkenaan design restoran ini dan Amri selaku eksekutiff supply barang-barang di company saya!.... jelas?" aku dengan wajah yang puas dan bersahaja memberi penjelasan pada gadis yang terpinga-pinga mendengar penjelasan ku. Aku berlalu meninggalkan mereka tanpa meminta diri.

'awak maafkan saya pasal kejadian semalam, saya memang nak bagitahu awak perkara yang sebenar. ya memang saya dah bertunang tapi saya tak cintakan dia, ini pilihan keluarga, kami baru 3 bulan mengikat pertunangan tapi kami sejak dari awal tak serasi, itu yang saya cuba nak jelaskan pada awak, tapi tak sangka pula Rina dalam diam cuba nak malukan awak, saya minta maaf Isya. Tolong la jawab panggilan handphone saya..saya masih sayang, kasihkan awak seperti mana dulu, tak pernah sedetik pun wajah awak saya lupakan, puas saya mencari awak, tapi saya yakin akan bertemu dengan awak, kali ini saya tak akan kehilangan awak lagi..'

Tanpa ku sedar airmataku mengalir tatkala menerima sms dari Amri. Memang sejak kejadian malam itu setiap panggilannya tidak ku jawab, malah tugas ku bersama-sama dengannya bagi menguruskan projek yang baru-baru ini di bincangkan telah bertukar dengan Tina bagi menggantikan tempatku. Semua ini bagi mengotakan janji yang ku tabur pada tunang Amri.

Dua bulan berlalu aku habiskan cuti berada di kampung halaman yang telah lama ku tinggalkan. Cuti tanpa gaji yang ku minta telah di luluskan pihak atasan. Aku cuba untuk menenangkan jiwaku yang kosong. Aku bagai insan yang tidak berperasaan, hatiku merintih,kecewa. Kenapa tidak sekali aku mendapatkan cinta yang sejati. Tatkala hati ini mula berbunga pasti duri yang menanti. Bagiku tak berguna lagi cinta di dalam hati, biarlah hati ini kosong tidak berisi dengan cinta yang tidak pasti.

Aku pasrah ,kerana lelaki yang benar-benar menyintaiku kini milik orang, aku tidak mungkin menjadi penghalangnya. Tapi.... Kata-kata di dalam sms itu?

Berkali-kali aku membacanya bagi mengubat hatiku tatkala terkenangkannya. Tapi apa dayaku, luahan ini hanya di dalam handphone mana mungkin aku bersua dengannya, ikhlaskah luahannya, kenapa bukan dari mulutnya sendiri. Argghhhh... tidak... aku mesti balik ke KL untuk kepastian, aku mesti jadi wanita yang tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Kata hatiku memujuk. Aku terus berdiri dari pangkin di depan halaman rumah kampung ku, terus berlari tergesa-gesa naik ke rumah.

"mak, mak ... Isya nak balik sekarang la mak. Dah dua bulan kat kampung ni, puas juga Isya dapat luahkan masa dengan mak, adik-adik mana mak, Isya nak balik sekarang ini."
"aikk kenapa tiba –tiba, kelamkabut pula ni kata cuti lagi, ada 5 hari lagi kan nak masuk kerja" kata mak kehairanan.
"iye... hari ini Isya balik dulu ke KL sok lusa Isya balik sini balik ok..." kata ku memujuk. Pada mulanya memang mak agak hairan kerana aku cuti terlalu lama, dia fikir aku sudah tidak bekerja lagi, namun mendengarkan penjelasannya hatinya berbunga kerana terubat kerinduaannya padaku yang satu-satunya anak perempuannya. Dapatlah dia meluahkan masa denganku seperti masa sebelum aku berpindah ke KL.

Perjalananku sepanjang ke KL, fikiranku sentiasa mengingatinya, tidak sabar rasanya nak buat muka selamba macam zaman waktu sekolah dulu, nak melihatkan aksi Amri untuk melayan kerenah ku yang pelbagai. Tersenyum sinis tatkala mengingati kisah di zaman persekolahan. Cinta monyet, kekadang macam monyet juga.

Sampai ke Kl aku terus ke pejabat bagi melepas rindu pada kerja-kerja ku di pejabat, seraya melangkah masuk, ada perubahan di setiap sudut pejabat.

"wah, berwajah baru". selorohku pada Maya yang bertugas di kaunter pintu masuk.
"eh, makcik ni dah habis cuti bersalin kau!" seloroh Maya menderai ketawa ku.
"ah ah, tapi anaknya takde, anak tekak ada." Berderai tawa kami.
"amboi, gelak tak ajak." Sapaan dari Amri yang entah dari mana munculnya memeranjatkanku.

Tersentap langkah ku tatkala tangan ku di tarik Amri keluar dari pejabat. Tangan ku terus di pegang sehingga menuruni lif untuk ke tempat meletak kereta, tanpa sepatah kata pun dari kami berdua, aku hanya menunduk , membiarkan semua tindakan Amri. Sehingga dia membawa aku ke satu tempat yang sangat indah, di atas bukit yang menampakkan pemandangan yang indah. Amri memberhentikan keretanya, pantas aku keluar untuk melihat keindahan ciptaan TUHAN yang cukup indah. Fikiranku tenang, perasaan ku berbunga, terubat semua kerinduan pada Amri. Namun sejak dari tadi, tidak sepatah pun kami bersuara.

"di sini la saya melepaskan rindu pada awak" tersentap aku mendengar kata-katanya.
"jangan awak fikir saya akan lepaskan cinta pertama saya. Walau dah berbelas gadis yang saya dampingi, namun awak tetap dalam hati saya, percaya tak?" luahan yang cuba di persoalkan.
"mmm... boleh percaya ke?" soalku seloroh

"kenapa pula awak tak percaya? Nak saya melutut kat awak ke merayu, dulu awak dah tolak cinta saya, awak kata cinta monyet, sekarang ini awak nak cakap cinta apa"
"hahahahaha....cinta seorang babun jantan...hahahaha" berderai ketawaku tanpa ku sedari. Amri hanya tersengih

"sebenarnya saya tak percaya yang awak dah didampingi berbelas gadis...hehehehe"
Ketawaku sambil menutup mulut. Disambut pula ketawa dari Amri.
Mata kami saling bertentang.

"macammana saya nak terima cinta awak, sedangkan awak dah bertunang?'
"saya dah putus tunang!" ceria kata-katanya. Seolah –olah dia terlepas dari satu bala.
"hah, apa? Awak...." Belum sempat ku berkata-kata mulutku di tutup.

"ya, saya putuskan hanya untuk awak, itu janji saya, sewaktu mereka tunangkan saya tanpa persetujuan saya, saya memang tunggu awak, hanya awak yang akan jadi permaisuri hidup saya. sekarang ini awak terima tidak kejujuran saya, wahai si gadis manis?" kata-kata bagai si pujangga memetik hati si bunga yang sedang kembang di taman. Senyuman ku berbunga, sinar matanya tepat ke wajahku, kasihnya lahir dari wajah bersihnya yang tenang di pandanganku. Aku hanya mengangguk setuju dengan senyuman yang cukup bermakna.

"ya, En Amri saya terima kejujuran awak.....hehehehe".. Kebahagiaan benar-benar menyebelahiku kini.

Bertahun lamanya kami melayari alam percintaan, akhirnya perhubungan kami di akhiri dengan perkahwinan yang cukup meriah dan kini kami telah di kurniakan dua cahaya mata yang sangat comel. Mereka menambah kan lagi semarak cinta kami yang kian mekar setiap hari.



-Sekian-

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI