kemaruk nak jumpa boyfriend akhirnya mati kena kejutan eletrik




Yunnan – Malang tidak berbau bagi seorang gadis, Jiao Chin, 22, apabila hasratnya untuk menemui kekasihnya tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia kerana kejutan elektrik ketika cuba memanjat pagar elektrik yang dipasang di kampus universitinya.

Mayat Jiao Chin ditemui tergantung di atas pagar berkenaan di kampus Xishuangbanna Dai Prefecture pada awal pagi.

Ketika ditemui, dia hanya memakai kemeja-T dan seluar pendek.
Pagar berkenaan dipasang dengan elektrik oleh pihak universiti selepas beberapa insiden penceroboh cuba memasuki universiti berkenaan.

Menurut rakan sebilik Jiao Chin, Qing Wang, 23, dia tidak mengetahui pukul berapa Jiao Chin keluar dari bilik mereka dan hanya mengetahui mengenai tragedi berkenaan selepas melihat mayatnya tersangkut di pagar tersebut.

“Saya tidak tahu ke mana dia hendak pergi tetapi saya tahu dia mahu bertemu dengan seseorang,’’ katanya.

Dalam pada itu, jurucakap universiti memaklumkan, pagar itu dipasang elektrik demi keselamatan penuntutnya susulan beberapa insiden orang asing cuba memanjatnya.
“Kami tidak dapat bayangkan bagaimana salah seorang daripada pelajar itu memanjatnya sedang semua tahu bahawa pagar itu dipasang elektrik,’’ katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI