tipu wang jiran lepas tu pura pura koma 2 tahun akhirnya kantoi....!!




SOUTH WALES – Selepas dua tahun menipu berada dalam keadaan koma, akhirnya seorang lelaki, Alan Knight berjaya ditangkap polis selepas dia dirakamkan membeli belah bersama keluarganya.

Kinght, 47, melakukan penipuan itu selepas dia didakwa menipu wang  jirannya sebanyak  £40,000.

usteru bagi mengelak tindakan undang-undang, dia merancang satu penipuan dengan mendakwa mengalami kecederaan leher dan terpaksa bergantung kepada oksigen.

Dia juga menipu tidak boleh bergerak dari bahagian leher ke bawah.

Malah isteri Knight, Helen, turut bersubahat dengannya dan memberitahu bahawa suaminya terjatuh ketika sedang menarik pintu garaj rumah mereka.

Akibat penipuan itu juga, Knight dapat mengelak daripada menghadiri perbicaraan sebanyak dua kali iaitu pada 2012 dan 2013.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhinya dia tersungkur juga apabila aksinya berjalan di Tesco telah dirakamkan melalui CCTV.

Selepas ditangkap, Knight bukan sahaja berdepan dakwaan menipu jirannya itu malah tuduhan ke atasnya ditambah lagi kepada 19 pertuduhan termasuk menipu untuk mendapatkan wang daripada kebajikan masyarakat.

Hukuman ke atasnya dijangka diputuskan bulan depan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI