papan luncur terapung



PAPAN luncur Hoverboard ini menggunakan daya magnet yang kuat bagi membolehkan ia terapung beberapa sentimeter dari permukaan logam.

LOS ANGELES – Sebuah syarikat berjaya menghasilkan sebuah papan luncur yang boleh terapung di udara dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Papan luncur tersebut yang dikenali sebagai Hoverboard direka oleh syarikat teknologi, Hendo yang dimiliki oleh sepasang suami isteri, Greg dan Jill Henderson.

Ketika ini syarikat tersebut sedang menjalankan kempen untuk mengutip derma daripada orang ramai melalui laman web Kickstarter bagi mencari dana untuk memasarkan papan luncur berkenaan.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang memakai baju putih sedang meluncur menggunakan papan luncur berkenaan.

Menurut syarikat itu, mereka menggunakan tindak balas magnet untuk menghasilkan satu daya yang membuatkan papan luncur tersebut terapung di udara.

Bagaimanapun, papan luncur yang mungkin berharga AS$10,000 (RM32,610) hanya berfungsi di permukaan logam dan tidak boleh digunakan di permukaan jalan raya bertar


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI