payung khas anjing untuk elak panas dan hujan
SATU kolar akan dipasang pada leher anjing sebelum disambung dengan payung khas tersebut.
LONDON – Sebuah syarikat pengeluar barangan penjagaan haiwan telah memperkenalkan payung yang direka khas untuk melindungi anjing daripada panas dan hujan.
Payung khas itu dikeluarkan oleh syarikat penjagaan haiwan, Puppia dan dijual pada harga harga £24 (RM126).
Satu kolar khas akan dipasang di leher anjing dan pemilik haiwan hanya perlu menyambung payung berkenaan pada kolar tersebut.
Payung khas itu juga boleh digunakan untuk kucing yang takutkan air ketika dibawa bersiar-siar oleh tuannya ketika musim hujan.
“Ada anjing tidak suka pada air, namun kini pemilik haiwan itu boleh menangani masalah tersebut dengan menggunakan payung khas ini,” kata seorang pengedar Puppia, Melody Lewis.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI