labah labah sebesar tapak tangan




GUYANA – AMERIKA SELATAN. Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana.

Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu.

“Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak.

“Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil, mungkin tikus hutan atau tupai,”.

Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya.

“Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak.

“Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi ‘klik’ yang aneh, tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah,” tambahnya.

Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan bahagian selatan Venezuela.

Spesis ini dikatakan boleh menyerang dan memakan burung kelicap.

Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI