telefon pintar pun nak moody jugak ke..?





Terkini, pihak LG telah menawarkan peranti konsep menarik dinamakan LG AKA.

Apa yang dikatakan menarik ialah LG AKA ini dikatakan akan menyertakan panel belakang yang boleh diubah mengikut warna kegemaran para pengguna.

Perkara yang menjadikan peranti ini agak berbeza dengan kebanyakkan peranti lain adalah dimana ia mempunyai “mata” pada bahagian belakang yang berubah mengikut cara anda menggunakan peranti.

Ia dikatakan peranti tersebut akan mempunyai mood tersendiri yang berubah mengikut bagaimana anda menggunakan peranti, termasuk cara anda menggunakan aplikasi dan muzik yang dimainkan pada peranti berkenaan.

Sebagai contoh, mungkin sekiranya anda memainkan lagu atau permainan, ia memaparkan keadaan mata yang gembira sebaliknya ketika melayari web atau membuka dokumen ia memaparkan keadaan mata yang serius.

Telefon pintar ini dikatakan akan ditawarkan hanya di Korea Selatan sahaja untuk permulaan bermula bulan November ini.

Berkemungkinan, peranti ini tidak akan dijual di luar Korea Selatan dan mungkin pihak LG ingin bereksperimen dengan konsep peranti yang mempunyai moodnya tersendiri.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI