ceh...komputer buruk macam ini di lelong hampir rm 3 juta




SEBUAH komputer pertama keluaran syarikat Apple yang dikenali sebagai Apple-1.

NEW YORK – Sebuah komputer pertama keluaran syarikat Apple yang dikenali sebagai Apple-1 dijual pada harga AS$905,000 (RM2.96 juta) dalam satu acara lelongan di sini kelmarin.

Komputer berkenaan dipercayai antara 50 unit komputer pertama yang dipasang oleh pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California pada tahun 1976.

Rumah lelongan Bonhams berkata, komputer berkenaan yang masih berfungsi sebelum ini dianggarkan dijual pada harga antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta).

Komputer itu berjaya dibeli oleh Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.

“Apple-1 bukan sahaja inovatif tetapi juga merupakan asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.

Hanya beberapa pembeli yang membeli komputer berkenaan sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).

Selepas kejayaan tersebut, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada rakan-rakan serta syarikat elektronik.

Pada tahun 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).

Ketika ini tidak sampai 50 unit komputer Apple-1 yang masih berada dalam keadaan baik.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI