sambal tumis kerang
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi kerang (samada yang segar atau yang telah siap direbus)
1 3/4 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 keping hirisan halia
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau rata.
Bila pekat, masukkan kerang dan hirisan bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih...
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI