mee hon sup ayam
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen @ ayam tua
4 biji kentang
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca besar lada hitam biji, ditumbuk halus
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon, dicelur hingga lembut, toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, goreng dan hiris
Bawang goreng
Taugeh dibuang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam pencen dipotong keci, atau ikut suka. Cuci bersih dan toskan (che mat gaul ayam tadi dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 10 minit. Kemudian cuci hingga bersih dan toskan). Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga naik minyak. Masukkan lada hitam tumbuk dan ayam tadi. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih.
Masukkan pati kiub ayam, 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar. Kacau dan terus memasak hingga ayam empuk (tambah air panas jika perlu). Bila ayam empuk, masukkan kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam secukup rasa, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
UNTUK MI HOON SUP AYAM :-
Masukkkan secukupnya mi hoon ke dalam mangkuk sesuai. Letak tauge kemudian curan kuah sup bersama isi2nya atas mi hoon tadi. Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hias dengan hirisan tauhu dan hidangkan bersama sambla kicap. Sedap dimakan panas.....Selamat mencuba!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI