resepi kari ikan pari




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg ikan pari (kurang lebih)
15 biji tomato ceri @ 2 biji tomato biasa
1 biji terung ungu saiz besar
2 biji cili merah dan cili hijau, belah dua tapi tak putus, rendam
3/4 cawan pati santan
3/4 camca besar pes asam jawa
3 camca besar rempah kari ikan (baba's)
1 camca besar sos cili JALEN
1 camca besar cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS ;-)

1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh biji sawi
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 kemudian potong serong, biar besar2 sedikit, rendam. Jika guna tomato saiz besar, belah 4 setiap 1 tomato tadi. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum, tambah cili kisar, sos cili dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata2 dan masak hingga garing. Sementara itu bancuh rempah kari dengan air hingga menjadi pes dan masukkan ke dalam periuk. Kacau dan masak rempah tadi hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.

Tambah pes asam jawa, dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Kacau dan biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis (hancurkan), ikan pari dan terung. Bila terung lembut sedikit. tuang santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana.

Akhir sekali tambah tomato dan cili merah/hijau. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI