kanak kanak obes 70 kg



SINDROM Prader-Willi menyebabkan Michael dan Emma runsing terhadap tahap kesihatan dan masa depan anaknya.

RUNSING hati seorang ibu di Cachoeiro de Itapemirim, Brazil apabila melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun mempunyai berat badan sehingga 70 kilogram (kg).

Ujar Emma, anaknya, Misael pada asalnya dilahirkan dalam keadaan normal dengan berat hanya 2.9kg.

Bagaimanapun, tanpa sebarang penyakit, berat badan anaknya itu naik secara mendadak.

“Pada mulanya saya tidak perasan kerana beratnya hanya naik sebanyak 2.7kg.

“Saya sangka itu normal. Namun, apabila melihat hampir setiap bulan badan Misael bertambah sebanyak 2.7kg, saya dan suami mula risau dan fikir pelbagai cara untuk membuatkan berat tersebut turun,” jelasnya.

Disebabkan itu, berat badannya kini menyamai berat badan seorang lelaki dewasa normal.

Para doktor yang pernah merawat kanak-kanak istimewa itu percaya, Misael mungkin mengalami sindrom Prader-Willi iaitu satu keadaan genetik yang jarang berlaku oleh mana-mana individu sebelum ini.

Sindrom tersebut menyebabkan dia sering terasa lapar dan mempunyai keinginan yang membuak-buak terhadap makanan.

Jelas Emma, Misael akan makan sebanyak tiga hingga enam hidangan lebih banyak berbanding kanak-kanak yang sama umur dengannya.

Bagaimanapun, kuantiti tersebut masih belum cukup untuk membuatkan perutnya berasa kenyang.

“Menurut doktor yang merawatnya, anak saya mengalami masalah tiroid kurang aktif yang menyebabkan pertambahan berat badan.

“Doktor ada memberikan sejenis ubat bagi mengawal nafsu makan anak saya, namun ia langsung tidak membantu dan Misael akan terus makan sehingga dia benar-benar kenyang,” jelasnya.

Dalam pada itu, bapanya, Michael berkata, saiz badan anaknya yang besar itu menyebabkan dia sekeluarga sukar untuk pergi ke mana-mana.

“Saya bukan datang daripada golongan yang berada.

“Disebabkan itu, setiap kali mahu keluar ke pekan, saya akan mendapatkan perkhidmatan kereta sewa atau teksi,” jelasnya.

Ujar Michael, oleh kerana anaknya mempunyai masalah berat badan dan sukar untuk bergerak, dia terpaksa menyewa kenderaan walaupun ingin ke tempat yang berdekatan rumahnya.

“Apabila berjalan di pusat beli-belah pula, orang ramai akan menumpukan perhatian terhadap Misael.

“Mereka akan meminta izin untuk mengambil gambar dan sering bertanya jenis makanan yang diambil oleh Misael sehingga menyebabkan badannya membesar dengan begitu cepat,” jelasnya.

Bukan sekadar mempunyai masalah berat badan, sifat fizikalnya yang agak besar itu juga membuatkan Misael sering membuat perangai sehingga membuatkan mereka suami isteri runsing.

PADA usia 3 tahun, Misael mempunyai berat badan sebanyak 70kg.

“Doktor yang merawatnya pernah memberitahu, anak saya menghidap sindrom Prader-Willi, satu keadaan yang membuatkan berat badan seseorang naik secara mendadak.

“Mereka akan lakukan ujian terhadap Misael tetapi disebabkan jarak rumah saya ke hospital tersebut mengambil masa hampir satu jam, ia menyukarkan kami untuk berulang-alik bagi mendapatkan rawatan tersebut,” jelasnya.

Prader-Willi merupakan satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu mudah terasa lapar. Ia kemudiannya boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang membahayakan.

Ia memberi kesan sampingan terhadap kesihatan individu dan dipercayai boleh menyebabkan pengurangan pengembangan otot di dalam badan, perut tidak normal, diabetis dan mengakibatkan masalah pembelajaran.

Jelas Michael, disebabkan sindrom tersebut, dia diberitahu oleh doktor bahawa anaknya bermungkinan mengalami masalah tingkah laku seperti kurang sabar, degil dan kuat memberontak.

“Setakat ini doktor memberitahu, tiada penawar untuk penyakit ini.

“Bagaimanapun, saya perlu menangani masalah yang dialami Misael sama seperti berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah disiplin,” jelasnya.

Sehingga kini, Michael hanya mampu mengawal penyakit anaknya itu dengan menyekat pengambilan makanan Misael.

Pada 19 November lalu, penyakit yang sama terjadi terhadap cahaya mata kepada pasangan Michelle Sargeant dan Craig Buxton di London, England apabila anaknya yang berusia 23 bulan disahkan menghidap sindrom tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI