resepi tom yam daging kijang



BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram daging kijang, potong, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas, diketuk
10 biji cili padi merah Thai, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akar2nya sekali
1 kiub pati tomyam (MAGGI)
1 camca besar sos ikan
2 biji limau nipis, perah jusnya
Pes tomya secukupnya *(*resipi di bawah)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAYURAN:-)

Bunga kobis sebesar 2 penumbuk, potong kecil
10 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 biji tomato, potong 4 atau 6
1 batang kecil lobak merah, hiris serong
1 batang saleri, potong kecil

BAHAN-BAHAN PES TOMYAM :-)

12 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan*
7 biji bawang merah kecil*
3 helai daun limau purut*
1 batang serai, hiris*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PES TOMYAM :- Panaskan 1/3 cawan minyak. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau. Masak hingga pekat dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan boleh matikan api. Ketepikan untuk kegunaan kemudian...

Didihkan 2 liter air, masukkan pes tomyam, kiub pati tomyan, daging kijang, serai, lengkuas, daun limau purut, bawang besar dan daun ketumbar bersama akar2nya. Kacau dan masak hingga daging kijang empuk (tambah air jika perlu)..

Masukkan cili padi thai, lobak merah dan saleri, masak hingga lobak merah empuk. Tambah bunga kobis dan cendawan butang. Biar masak sekejap, perasakan dengan sos ikan dan jus limau nipis (letak sedikit dulu jus limau nipis, dan rasa, kalau cukup masam pada tekak anda, tak perlu tambah). Tambah juga garam secukup rasa (jika perlu).

Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibelah. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI