lemak cili padi daging kijang



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg daging kijang (kurang lebih)
4 biji kentang
4 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2 keping)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
40 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

Daging kijang dipotong pada saiz sederhana, gaul dengan tepung gandum dan biarkan 10 minit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam.

Masukkan daging kijang ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Masak hingga mendidih dan daging kecut.

Tuang santan cair dan kacau. Masak hingga daging empuk (tambah air panas jika perlu). Masukkan kentang dan asam gelugor. Masa hingga kentang empuk, tuang santan, masukkan daun kunyit, kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Kacau selalu.

Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI