nasib malang pengkhianat puak kurdis...pejuang IS tawan perkampungan kurdis dan hampirai sempadan turki



TENTERA Turki membantu pelarian Syria membawa barang miliknya semasa melarikan diri daripada pejuang  IS di kawasan sempadan di Suruc, Turki kelmarin.

BEIRUT - Kumpulan pejuang Negara Islam (IS) semakin mara menghampiri bandar penduduk Kurdis terbesar di Syria semalam selepas berjaya menawan beberapa buah kampung berhampiran dan menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk melarikan diri ke sempadan Turki, kata sebuah badan pemantau semalam.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, pejuang IS kini berada dalam lingkungan 10 kilometer dari sempadan bandar Kobane.

Tentera Kurdis yang mempertahankan bandar tersebut kehilangan 27 pejuang sejak pejuang  IS melancarkan serangan pada Selasa lalu.

Seramai 37 pejuang  IS pula di katakan terbunuh dalam serangan berkenaan, kata kumpulan pemerhati itu yang mendapat maklumat daripada pasukan perubatan dan aktivis.

"Majoriti pejuang  IS yang terbunuh adalah anggota dari negara asing termasuk dari Rusia dan negara Arab," kata pengarah kumpulan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Menurutnya, orang awam yang berada berhampiran kawasan pertempuran mula menyeberangi sempadan Turki kelmarin bagi mendapatkan perlindungan.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, seramai 60,000 penduduk Kurdis dari Syria telah menyeberangi sempadan sejak pintu sempadan dibuka pada Jumaat lalu.

IS dilaporkan telah menawan lebih 60 kampung di sekeliling Kobane sejak lima hari lalu menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk terpaksa melarikan diri.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI