char kuey teow cincai
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam kuey teow (yang ni anda agak2 lah yea), cuci dan toskan
6 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit dan bersihkan
1 genggam isi kerang
10 tangkai kucai, potong pendek
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 camca besar sambal tumis
1 biji telur, dipukul sedikit
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama kuey teow
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukka sambal tumis dan kacau rata. Tambah udang dan kerang, masak hingga udang berubah warna.
Tambah kicap pekat, kicap lemak manis dan sedikit air (anggaran 2 camca besar), kacau. Masukkan kuey teow dan kacau rata. Buat lubang ditengah2 kuey teow, tuang sedikit minyak dan masukkan telur. Biar telur kental dan kacau hancur.
Gaul rata dengan kuey teow tadi, guna api besar.
Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan taugeh dan kucai. Gaul pantas hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama cili hijau jeruk. Sedap dimakan panas...ehemmm..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI