sarung bercahaya Lu Mee mudahkan mereka yang gila selfie
Di Malaysia, ribuan pengguna telefon pintar gemar berselfie tetapi masalah bagi kebanyakan gambar yang diambil ialah kualiti gambar yang ditangkap kadang kala kurang memuaskan.
Ini kerana majoriti kamera hadapan tidak mempunyai flash (kecuali anda menggunakan Oppo N1).
Lain pula ceritanya di Amerika Syarikat, kini wujud sarung bercahaya yang diberi nama LuMee.
LuMee ialah sarung untuk iPhone yang mempunyai lampu LED pada bahagian tepinya.
Apabila diaktifkan anda tidak perlu risau gambar selfie yang diambil anda akan kelihatan gelap.
LuMee dicipta oleh Alan Shoemake yang berasal dari New Jersey.
Beliau bosan setiap kali ingin mengambil selfie di dalam rumah, gambar yang diambil gelap dan beliau terpaksa duduk di tepi tingkap bagi mendapatkan cahaya yang secukupnya untuk mengambil gambar.
Buat masa ini LuMee hanya boleh digunakan oleh iPhone 5 dan 5S. Selain digunakan untuk berselfie, LuMee juga boleh digunakan sebagai lampu suluh ketika kecemasan.
Setiap sarung LuMee dijual pada harga USD39 (RM125) sebuah.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI