dilema di hujung nyawa



"hai..apesal tiba2 nak jumpe ni?takkan rindu kot" rini menoleh ke arah suara itu,dia tersenyum dan sempat melihat jam di pergelangan tangan

"ala..sory la..lambat berapa minit?" lily yang mengerti hanya mengenyit mata nakal
"setengah jam" rini berdiri.cekak pinggang
"that’s mean 30 minit rite?"
"what ever.." rini hanya menggeleng

"nak tengok cerita apa?" lily bertanya sambil matanya melilau melihat senarai tayangan yang terdapat hari itu. Suasana di panggung itu tak ramai mungkin kerana hari persekolahan.senyap. Menyedari soalannya yang tak berjawab. Dia memandang rini yang berdiri kaku di sebelahnya..wajah rini tiba2 kelihatan sugul..bahu temannya disentuh lembut

kenapa ni?"
"lily..aku tak rasa macam nak tengok wayang"lily diam. Dia dapat rasa tujuan sebenar rini mengajak nya berjumpa
"kita borak kat taman"dan dia..hanya mengangguk lemah

"dia ada contact kau?"lily diam. Tidak terus menjawab. Dia mula teringat 2 hari lalu..

"awak masih fikirkan rini?" dia diam.. suara dari corong itu kedengaran sayu..
"please lily.."dia masih diam

"lily..!!"suara hafeiz lebih kuat.sekadar untuk meminta lily menjawab soalannya
"saya.."dia diam sebelum menyambung lagi "saya tak tau"
"awak tolong fikir dulu..tolongla..bagi saya peluang"lily mengeluh.tak tau bagaimana harus di jawab persoalan yang baru diberi. Dia tak patut mementingkan diri sendiri. Hati rini juga perlu di jaga..

"awak yang jumpa saya dulu sebelum rini kan?" lily ketap bibir. Air mata mula bertakung di tubir matanya.. kenapa saya perlu jumpa awak? Kenapa awak perlu jumpa rini?

"saya sayangkan rini! Dia best friend saya!" entah untuk ke berapa kali perkara itu diberitahu pada hafeiz. Tapi hafeiz mcm tak faham yang dia takkan sanggup mengkhianati temannya kerana seorang lelaki

"tapi.."hafeiz diam.. dia tak tau bagaimana perkara itu harus diterangkan. Dia tak tau kenapa dia perlu bersama gadis itu.. bagai itu peluang terakhir untuk dia menebus kesilapannya dulu
"saya nak awak fikirkan jugak. Biar saya yang terangkan pada rini"
"saya tak.."
"malam ni saya call untuk dapat kan jawapan dari awak. Saya mintak awak fikir betul2"
"tapi.." lily mengeluh. Talian telah pun dimatikan

"habis. Dia call tak malam tu?" rini pandang tepat wajah lily dan lily hanya menggeleng
"semalam?"lily geleng lagi
"kenapa?" lily jungkit bahu

"biarkan dia! Biar dia tak dapat dua2! Padan muka!" rini membentak. Lily yang memandang terkejut. Rini tak pernah dilihat semarah itu.
"aku mintak maaf lily"
"takper.. aku faham.."masing2 senyap mula melayan perasaan

6 tahun lalu.. lily berkawan dengan seorang lelaki. Tapi entah mengapa hubungan itu kian renggang.hafeiz..lelaki itu lelaki pertama berjaya mendapat tempat di hatinya.seorang lelaki yang sempurna dan seorang pencinta setia.tapi sayang hafeiz senang berubah hati. Tak sampai sebulan perasaannya mula beralih arah.hafeiz hilang begitu saja.

3 tahun lepas dia berjumpa lagi dengan lelaki itu. Hafeiz masih ingin bersamanya. Namun entah mengapa hatinya sudah tertutup. Dia masih ingat perbuatan lama hafeiz.berkali Hafeiz mencari dan berkali dia mengelak sehingga kali terakhir dia hanya berjumpa hafeiz sebelum berpindah ke kedah.

Selepas itu lelaki itu tak ditemui lagi.di kedah dia mengenali rini.seorang teman yang mengajarnya erti kehidupan. Seorang gadis malang yang hadir dari keluarga kucar kacir. Rini menjadikannya seorang insan yang tabah. Hubungan mereka rapat melebihi adik beradik. Semuanya sempurna sehingga dia bertemu hafeiz. Buat kali ke3. kenapa lelaki itu ditakdirkan berjumpa lagi dengannya? Malah kali ini berbeza kerana hafeiz kini ialah teman istimewa rini.

"kau sayangkan dia?"suara lily memecah tembok kesuraman antara mereka.rini senyum. Mengangguk

"sebab dia aku tak kawan dengan lelaki lain"suaranya mendatar. Matanya memandang jauh ke depan bagai mengenang masa lalu
"he’s da perfect couple for me"
"dia sayang sangat kat kau kan?"rini mengangguk. Mengalih pandangan menghadap lily

"kau lebih mengenali dia.sekarang aku benci dia!dulu memang dia sayangkan aku tapi sekarang.."

"rini aku mintak maaf"lily mula rasa bersalah.apalagi mendengar suara rini yang mula berubah. Bagai menahan sendu. Rini pantas menggeleng
"tak.kau tak salah.dia yang salah.kau kawan aku.."lily mengangguk. Menahan keperitan yang terasa

"lily.. kau boleh terus terang dengan aku?"lily mengeluh sebelum mengangguk
"kau masih sayangkan dia?kau pernah rasa yang cinta korang berdua datang balik?" mata rini menusuk tepat anak mata lily. lily tidak terus menjawab. Diam sebentar sebelum menggeleng. Rini yang mendapat jawapan itu menarik nafas lega..
"bagus la kalau macam tu"

HAFEIZ..25 MAY 2005

Hafeiz tekan minyak. Kereta meluncur laju.. hatinya tak tenang. Terfikir tentang rini. .Tentang lily. Dia bingung. Serba salah. Tak tau apa perasaannya yang sebenar. Jam di dashboard dikerling sebentar. Pukul 8. dia berjanji untuk menghubungi lily malam itu.

Cepat2 diseluknya poket. Handphone nya tiada. dia meraba tempat duduk penumpang di sebelah nya. Juga tiada. Tiba2 dia terdengar deringan telefon yang di dicari. Dia pantas memanjang kan tangannya di tempat duduk belakang. Dan tangan nya hampir menyentuh sasaran tetapi telefon itu terjatuh ke bawah. Kepalanya terpaksa dipusingkan untuk mendapat kan telefon itu..

"pinnnnnnnnn!!!!!"cahaya terang menyilau matanya. Dia dapat melihat van yang datang dari arah bertentangan. Dia cuba mengelak. Stereng diputar ke kiri namun dia tak sedar apabila dari arah kiri pula dia terpaksa bertentang dengan lori yang juga hilang kawalan

Rini..

Saya mintak maaf. Saya masih sayangkan awak tapi saya rasa berdosa pada lily. Saya cintakan awak tapi saya juga cintakan lily. Malah lily ialah cinta pertama saya. Baru2 ini hati saya berdenyut kencang. Saya ingin menebus kelukaan yang pernah saya beri pada lily dulu. Saya sendiri tak tau kenapa. Namun percayalah hati saya turut terluka kerana terpaksa melukai awak.

Lily..

Saya tak pernah ingin membuat awak serba salah dengan perasaan sendiri. Saya ingin membahagiakan awak walau untuk seketika bagi menggantikan kelukaan yang pernah saya beri dulu. Hati saya ingin bersama awak. Walau saya sendiri tak dapat untuk tafsirkan. Adakala perasaan waktu bersama dulu muncul kembali dan kekesalan tetap terasa selagi saya tak dapat menyembuhkan kelukaan hatimu.

LILY..27 MAY 2005

Jam tangannya dikerling. Pukul 11. berborak dengan rini dia tak sedar masa berlalu. Rini sudah pun menaiki basnya setengah jam lalu. Dia bangun dari duduknya. Lehernya dipanjangkan ke hujung jalan. Tak nampak langsung bas yang akan ke situ. Dia memandang ke taxi stand tak jauh dari bus stop itu. Berderet teksi yang menanti penumpang. Akhirnya dia mengambil keputusan menaiki teksi saja. Tak sanggup rasanya menunggu di situ lebih lama.

"pandan indah"dia masuk ke dalam perut teksi itu sebaik pemandu teksi mengangguk.

Lily bersandar keletihan. Matanya di halakan ke luar tingkap. Fikirannya menerawang terkenang rini dan hafeiz. Telefon bimbitnya dibuka. Nombor hafeiz didail. Tapi selepas itu telefon itu ditutup semula. Hatinya serba salah terhadap rini. Baru saja telefon itu hendak dimasukkan ke dalam tas tangan. Telefon itu berdering. Dia memerhati ke arah skrin. Nombor rini tertera

"helo.."
"what?"
"apa kau cakap ni?"

"no!aku tak nak!"telefon itu ditutup. Dia tau rini belum menghabiskan katanya. Dia tak sanggup mendengar apa lagi yang akan diperkatakan rini. Semuanya akan membuatnya lebih serba salah. Pandangan pemandu teksi yang memerhati dari cermin tak diendah namun apabila dia terpandang ke luar tingkap

"eh,pakcik bawak saya pergi mana ni?"suasana jalan yang sunyi meresahkannya..pakcik itu tidak menjawab sebaliknya memberhentikan teksi itu betul2 di tepi semak yang tinggi.

Lily dapat rasa sesuatu. Dia tau pemandu itu berniat tak baik.
"meh sini! Keluar!"lily menggeleng. Dia cuba lari dari pintu bertentangan namun lelaki separuh umur itu lebih pantas bertindak

"pak cik..tolong.."air matanya mengalir laju. Namun pakcik itu tidak langsung bersimpati. Tangannya rakus mengoyakkan tshirt yang dipakai. Dan lily tau dia tak mampu untuk melawan dengan kudratnya yang tak seberapa

Rini..

Maafkan aku.. aku tipu.. dulu.. memang aku bencikan dia. Tapi selepas dia hadir lagi dalam hidup aku. Dia buat aku terkenang kisah lalu. Aku mula menyayangi dia semula. Namun walaupun aku mampu untuk bersamanya. Aku takkan lukakan kau. Aku tak mintak perasaan ini hadir. Ia hadir sendiri dan aku tak mampu mengusirnya pergi. Walau ditakdirkan kau izinkan aku bersamanya pun aku takkan sanggup khianati hubungan kita. Maafkan aku rini.. Cuma perasaan ini yang tak mampu untuk aku tepis.

Hafeiz..

Kenapa kiter kenal? Kenapa awak kenal rini? Kenapa saya.. mula sayangkan awak balik? Saya mintak maaf kerana cinta ini tak dapat diserahkan pada awak. Biarlah Cuma saya yang tahu dan mengerti kerana saya tak nak ada yang terluka lagi. Kisah kita.. Biarlah ia menjadi sejarah. Bahagiakanlah rini kerana dia sahabat saya dan dia terlalu.. menyayangi awak.

Gadis itu dipengsankan sebelum ditikam menggunakan pisau panjang yang memang disimpan dalam teksi itu. Tanpa simpati mayatnya dicampak dan ditinggalkan saja di situ. Ditelan kegelapan malam yang kian pekat

RINI..27 MAY 2005

Rini duduk bersila di atas katilnya. Tas tangan nya ditonggengkan ke bawah. Alat kosmetik. Sebotol pil. Telefon bimbit. Beg duit dan sekeping kertas terkeluar dari tas tangan itu. Dia mencapai surat yang terlipat kemas. dibuka perlahan laporan perubatan yang diterima tadi. Bibirnya mengukir senyum. Namun kemudian dia menangis. Aku tak patut pentingkan diri sendiri. Mereka ada peluang hidup bersama. Aku takkan lama lagi di dunia ni. Telefonnya dicapai.
"lily..aku nak kau terima saja hafeiz"

"tapi lily,kau kena terima dia sebab"telefon itu dipandang sayu. Lily mematikan talian.dia tau lily pastinya mula rasa keliru dan serba salah. Sebelum ni dia yang tak bagi lily terima hafeiz tapi sekarang..

"aku benci!!!"botol kecil yang memuatkan pil tidur itu ditunggang hingga memenuhi tangannya. Dia memandang pil itu sebelum menutup mata dan menelannya

Hafeiz..

Kenapa awak khianati cinta saya? Saya sayangkan lily Tapi saya tak sanggup lepaskan awak di tangan dia. Saya masih ada perasaan. Dan perasaan saya dah diserahkan pada awak. saya tak sanggup korbankan cinta kita. Kerana awak insan pertama yang buat saya mengenali cinta. Awak paling sempurna. Tapi kenapa awak yang terpaksa tinggalkan saya? Saya terlalu sayangkan awak

Lily..

Aku tau kau tipu. Aku dapat lihat dari balik mata dan renungan kau. Dari kata2 kau. Kau sayangkan dia. Maafkan aku kalau aku yang jadi penghalang tapi aku tau kau faham segalanya. Aku terlalu cintakan dia.walau apa pun aku juga sayangkan kau.

Rini dapat rasa dadanya pedih. Jantungnya terasa perit. Tangannya digenggam kuat. Terngiang suara doctor yang mengesahkan penyakit barah otak yang akan meragut nyawanya beberapa bulan lagi.

Terbayang wajah mak dan ayah yang baru menandatangani dokumen cerai. Terbayang wajah abang yang kini di penjara. Wajah lily. Wajah hafeiz hingga semuanya makin suram di pandangan. Dan menghilang bersama kelam malam

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI