samsung keluar telefon pintar budget ciput RM 299



Samsung secara diam-diam dilihat telah memperkenalkan sebuah lagi model baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Samsung Galaxy V.

Peranti yang ditujukan kepada mereka yang memerlukan peranti pada harga rendah, ia dilihat hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, menggunakan cip pemprosesan 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 3-megapixel, dan kamera hadapan dengan sokongan panggilan video.

Menariknya, peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan turut menggunakan Android 4.4 KitKat yang terbaru.

Samsung Galaxy V ini boleh dikatakan masih tidak ditawarkan di negara lain, dan Malaysia antara negara terawal yang menawarkannya, lebih kurang seperti Galaxy Mega 2 sebelum ini.

Di Malaysia, Samsung mula menjualnya pada harga RM299 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara.


Namun begitu jika di bandingkan dengan telefon pintar jenama lain dengan harga yang sama atau hampir sama  lansung ianya tidak berbaloi contohnya

Asus Zenfone 4  berharga  RM  319



Asus Zenfone 4 dikuasakan oleh :

Dual-core 1.2 GHz pemproses CPU dengan 1 GB RAM. Peranti ini juga mempunyai 8 GB storan dalaman + microSD (sehingga 64 GB) dan 4-inci TFT skrin sentuh kapasitif (480 x 800, 233 ppi) paparan. Ia mempunyai kamera 5MP belakang dan menyokong Wifi, GPS dan 3G.Bateri dalam Li-Po 1200 mAh  dan berat 115g, beroperasi pada Android OS, v4.3  (Jelly Bean), boleh  upgrade ke  v4.4.2 (KitKat).


atau dengan  RM 379  dengan spec  yang lebih baik

(IMPORT) Lenovo A889 White



Lenovo A889 Smartphone mempunyai skrin sentuh 6 "IPS kapasitif dengan 540 x 960 piksel resolusi. Ia beroperasi pada 1.3GHz MTK6582 quad-core dan Android 4.2 (Jelly Bean) OS. Ini mungkin hanya telefon yang anda cari.

Dual SIM, Kamera Dual

Konfigurasi dual SIM yang memberi anda pilihan yang mempunyai dua nombor telefon dalam satu telefon pintar. Bukan itu sahaja, telefon ini datang dengan 2 kamera . Kamera depan adalah 0.3MP, manakala kamera belakang adalah 5.0MP dengan lampu flash  yang mampu untuk berkhidmat pelbagai keperluan mengambil gambar dan sembang video.

Memori Kapasiti

Lenovo A889 dilengkapi dengan memori kapasiti besar. 1GB RAM yang membantu aplikasi berjalan dengan lancar manakala 8GB terbina dalam memori membenarkan anda untuk memuat turun perisian dan aplikasi dari Google Play Store lain. Memerlukan lebih banyak ruang bagi mereka gambar dan fail muzik? maka  memori boleh di tambah  sehingga 32GB dengan SDcard.

Ciri telefon yang lain termasuk GPS yang berguna dengan mudah mencari lokasi dan mendapatkan arahan. Terdapat juga ciri-ciri asas yang lain seperti radio FM, sambungan WiFi, Bluetooth, e-mel, kalendar, kalkulator, jam, tethering dan hotspot mudah alih yang anda pasti akan menggunakan setiap hari.


jadi yang mana pilihan anda  yang berbaloi dengan spesifikasi dan  poket anda...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI