bila bini ko orang kena peluk..apa perasaan ko orang...!!!



Dari dulu lagi aku tak dapat memahami satu benda.

Benda ni kau  orang boleh tengok dekat dalam media kita. Aku bercakap mengenai "macam mana seorang yang kau kahwini, kau boleh biarkan dia berpeluk dengan orang lain yang bukan kau?"

Ini semua perkara-perkara yang kita boleh nampak jadi dekat pelakon. Penyanyi rasanya kurang, melainkan diorang berduet dan ada "memerlukan" peluk-peluk pinggang.

Aku cukup tak faham macam mana seseorang itu boleh terima kau punya jodoh, boleh pegang dan bermesra dengan orang lain, boleh peluk-peluk berpimpin tangan dengan orang yang bukannya mahram dia pun.

AKU TAK PAHAM KENAPA KAU  ORANG  BOLEH ACCEPT BENDA TU?

Aku sebagai seorang lelaki pun panas aje hati kalau aku bayangkan ada orang lain peluk bini aku. Itu baru bayangkan. Belum lagi masuk alasan "perlu dipeluk untuk mencari rezeki yang halal" macam ramai pelakon kita buat.

Agaknya  jadi pelakon, kena la bersedia memeluk atau dipeluk pelakon lain.

Baru fikirkan aje dah menyirap kepala aku, ini pulak kalau benda tu dah la betul-betul terjadi dan yang paling ajaibnya, dia boleh bagi satu Malaysia tengok pasangan dia bermesra dengan orang lain....dan bangga kalau pasangan dia dapat award atas "kerja mencari rezeki" yang dia lakukan tu.

AKU TAK PAHAM MACAM MANA KAU BOLEH ACCEPT BENDA TU!

Macam ada something wrong dengan kau, kalau kau boleh bagi bini kau, suami kau, pegang-pegang dengan orang lain. Macam aku boleh peluk bini kawan-kawan aku atau aku bagi kawan2 aku peluk bini aku. Itu tanda kau  orang  dah gila la kan kalau kau dah mampu terima benda camtu?

Kau tau apa penyebab mentaliti camni?

Kita mengasingkan bab professional dan bab personal.

Seperti yang dinasihatkan oleh seorang lelaki Morocco kepada kawan aku dan kawan aku sampaikan dekat aku..."kau ada berapa hati? Kau ada berapa akal? Mana logiknya seseorang manusia itu boleh asingkan hal professional dan hal personal dalam hidup dia?"

Tak logik.

Sebab bila kau asingkan benda tu, kau dah buang satu benda paling penting, spirituality kau. Kau takkan sukses kalau kau bukan seorang personality yang baik dan kau tak akan ada disiplin akhlak yang baik jika kau tak professional.

Bila kau asingkan dua2 part tu, kau sebenarnya buang kau punya sempadan diri.

Tapi masyarakat kita digalakkan untuk asingkan benda tu. Work life asing. Personal life asing. Memang ada part kita kena asingkan, macam seorang cikgu yang sedang PMS tak sepatutnya maki kelas dia tanpa sebab atau seorang engineer tak sepatutnya rosakkan machine drilling dekat laut hanya kerana bini dia tak bagi apa yang dia nak sebelum dia bertolak ke offfshore.

Masalahnya, bila kau asingkan benda tu, kau bukan normal lagi dah.

Agaknya  kau  orang  termasuk  golongan macam "suami aku peluk-peluk untuk berlakon, dalam drama, boleh. Tapi jangan peluk laki aku depan aku aa!"

Aku rasa orang yang dapat terima suami atau isteri dia perlu bermesra dengan orang lain, atas dasar professionalisme...adalah orang2 yang sebenarnya mentally tak betul.  Mulut aje cakap sayang laki, sayang bini...tapi....realitinya, professionalism mengatasi rasa sayang dia ke atas jodoh dia.

So, macam mana aku nak dapat jawapan pasal "wabak" ni?

Aku perlu melaluinya sendiri la kot. Mungkin aku perlu peluk perempuan lain, rekod dalam video dan tunjuk dekat bini aku. Kalau bini aku marah, itu maknanya dia peduli. Kalau dia suruh buat lagi video camtu....mungkin dah tiba masanya aku perlu ambik kelas lakonan dan cuba nasib sebagai pelakon.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI