pegawai kastam dan sewaktu dengannya amalkan rasuah dah lama tau pun....kepada penjawat awam yang bukan kroni...tindakan berat bakal di kenakan kepada anda...ingat ...hanya kroni di utamakan...!!!




Pegawai kastam dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk tahanan reman.


Kuala Lumpur: Penjawat awam yang terbabit dengan rasuah berdepan kesalahan berat dan perlu dihukum menerusi perbicaraan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, penjawat awam sepatutnya menjalankan tugas dengan integriti dan amanah tanpa terperangkap dengan aktiviti rasuah.

“Tidak kira jabatan kerajaan mana, kesalahan rasuah suatu yang berat kerana mereka perlu mempunyai integriti yang menjadi salah satu asas dalam perkhidmatan awam,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka terbabit rasuah tidak mempunyai ketahanan diri yang kuat, tidak mematuhi undang-undang dan terpengaruh dengan ajakan rakan sekerja.

“Bagi penjawat awam yang baru bekerja, mereka mungkin terpengaruh manakala ia boleh menjadi ketagih pada mereka yang biasa melakukannya,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk seorang pengarah negeri diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terbabit rasuah dan melindungi sindiket penyeludupan arak dan rokok.

Dalam laporan itu menyatakan pegawai kastam pelbagai pangkat berkenaan memiliki simpanan wang di dalam bank sekitar RM4 juta.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI