askar terselamat dari hukuman mati pejuang IS



GAMBAR yang diambil dalam satu rakaman video yang disiarkan oleh kumpulan IS menunjukkan Ali Hussein (dalam bulatan) terbaring bersama mayat-mayat askar Iraq yang dibunuh di Tikrit pada Jun lalu.

BAGHDAD - Seorang askar Iraq yang ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) terselamat dalam kejadian hukuman  bunuh  beramai-ramai askar negara itu di Tikrit pada Jun lalu selepas dia berpura-pura mati, lapor The New York Times kelmarin.

Askar tersebut, Ali Hussein Kadhim yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian hukuman bunuh seramai 560 askar Iraq yang dilakukan oleh pejuang  IS.

Katanya, dia terselamat selepas peluru yang ditembak oleh seorang pejuang  IS ke arah kepalanya tersasar.

"Selepas menyedari peluru itu tersasar saya berpura-pura mati dan terbaring bersama berpuluh-puluh mayat yang lain.

"Selepas militan IS beredar, saya kemudiannya melarikan diri pada waktu malam dan terpaksa bersembunyi di beberapa kampung selama beberapa minggu bagi mengelak dikesan," katanya.

Ali Hussein, 23, memberitahu, dia menyertai tentera Iraq pada awal Jun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan dan ditempatkan di sebuah pangkalan tentera di Tikrit.

"Apabila IS menawan Mosul yang terletak kira-kira 240 kilometer dari Tikrit kami bimbang mereka akan menawan pangkalan kami menyebabkan saya dan beribu-ribu askar yang lain melarikan diri.

"Bagaimanapun, ketika separuh perjalanan kami ditangkap oleh pejuang  IS dan dibawa ke satu lokasi berhampiran Sungai Tigris sebelum ditembak," ujarnya.

Lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih kecil memberitahu, dia terpaksa memakan cacing untuk hidup serta berlindung di sebuah perkampungan di Tikrit sebelum berjaya pulang semula ke kampung halamannya di Erbil.

"Saya kini membantu pakcik saya menguruskan sebuah ladang kurma di sini dan saya tidak akan kembali menyertai tentera lagi," jelasnya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI