kezaliman zionis menyerang gaza mengakibatkan kos membina semula infrastruktur menelan belanja hampir rm 25 billion



PENDUDUK Palestin melihat kesan runtuhan rumah mereka yang sedang dibersihkan menggunakan jentolak di kawasan kejiranan Shejaiya di Bandar Gaza kelmarin

RAMALLAH - Pembinaan semula infrastruktur di Semenanjung Gaza yang musnah akibat dibedil tentera Israel selama 50 hari dijangka menelan belanja lebih AS$7.7 bilion (RM24.5 bilion), kata beberapa pakar Palestin kelmarin.

Majlis Ekonomi bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula Palestin yang memantau pelaksanaan projek-projek dibiayai penderma berkata, proses pembinaan semula itu akan mengambil masa lima tahun.

Begitupun, proses berkenaan bergantung jika Israel sedia melepaskan semua sekatan terhadap seluruh Gaza.

Sejak tahun 2006, Gaza dikenakan sekatan dalam beberapa perkara seperti larangan kemasukan bahan-bahan binaan yang dikatakan boleh digunakan oleh militan untuk membina terowong dan kubu.

Berdasarkan perjanjian gencatan senjata yang dimeterai di Kaherah baru-baru ini, sekatan tersebut sepatutnya ditarik balik.

Bagaimanapun, masih belum ada bahan-bahan binaan dibenarkan masuk melalui sempadan Gaza.

Konflik yang melanda di semenanjung itu menyebabkan lebih 2,140 penduduk Gaza terkorban.

Malah, turut memusnahkan ribuan rumah dan merosakkan loji jana kuasa elektrik dan berpuluh-puluh kilang pula hangus terbakar.

Antara 1.8 juta hingga 2.2 juta tan metrik sisa binaan akibat kerosakan bangunan mungkin boleh digunakan untuk menambak laut, menurut satu laporan yang dilakukan oleh 13 pakar Palestin.

Satu persidangan mengenai pembiayaan antarabangsa mengenai pembangunan semula di Gaza akan diadakan di Mesir atau Norway pada hujung bulan ini


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI