ketagih terbang ekstem akhirnya maut atas gunung



ANTARA aksi terjunan bebas yang dilakukan oleh Duncan.

SYDNEY - Seorang penggemar aktiviti terjunan bebas terbunuh semasa melakukan aksi berbahaya itu di Banjaran Aps, Switzerland pada Selasa lalu, lapor Daily Telegraph.

Alex Duncan (gambar), 26, yang berasal dari Perth, Australia dipercayai sudah melakukan lebih daripada 500 terjunan bebas di seluruh dunia.

Dalam temu bual sebelum ini, Duncan berkata, dia ketagih dan seronok terlibat dalam sukan ekstrem itu.

"Saya ketagih untuk terbang. Jika boleh saya mahu melayang di udara sepanjang masa, tetapi sudah pasti sut terbang yang dipakai ini tidak boleh berbuat demikian," katanya.

Kemalangan berlaku ketika Duncan melompat dari puncak Croix de Fer pada ketinggian 2,243 meter sebelum dia tersasar daripada laluannya dan terhempas pada batu kira-kira 300 meter sebelum sempat mendarat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI