aplikasi klon di google play

Lebih 80 peratus daripada 50 aplikasi yang berada di kedudukan teratas stor aplikasi Google Play dikesan mempunyai aplikasi klon yang mungkin mengancam keselamatan telefon pintar pengguna.

Kajian syarikat keselamatan siber, Trend Micro juga mendapati 100 peratus aplikasi kategori widget, media dan video serta kewangan mempunyai aplikasi klon yang membimbangkan dunia siber.

Kebanyakan aplikasi terbabit mempu­nyai malware yang mampu memberi kesan kepada telefon dan pengguna.

Aplikasi klon sebegini boleh mengakibatkan kebocoran data dan kehila­ngan wang ringgit.

Pengguna dinasihatkan memindah turun hanya aplikasi yang benar-benar dipercayai selain memasang aplikasi keselamatan bagi mengesan sebarang kegiatan yang tidak diingini.



Antara aplikasi boleh dipindah turun termasuk Dr Safety yang didapati secara percuma memungkinkan perlindungan dan imbasan secara automatik.

Sehingga April tahun ini, lebih 59,185 daripada 890,482 sampel aplikasi palsu yang disyaki mempunyai virus jenis adware manakala 394,263 pula dikategorikan sebagai malware.

Kajian sama juga menunjukkan 50 peratus aplikasi klon yang dibangunkan berniat jahat.

Dua jenis aplikasi utama juga dikesan termasuk ‘rogue’ dan ‘repackaged’ yang kerap didapati dipindah turun pengguna tanpa disedari.



Jenis aplikasi rogue seperti Virus Shield misalnya kononnya dibangunkan untuk keselamatan peng­guna serta dijual pada harga kira-kira RM12 di Google Play serta dipindah turun 10,000 kali pada minggu pertama di Google Play.

Namun, ia didapati aplikasi yang langsung tidak menawarkan apa-apa perlindungan kepada pengguna dan ia mengupah botnet untuk menampakkan jumlah pindah turun yang banyak bagi mengelirukan peng­guna.

Satu lagi jenis aplikasi, repackaged pula bertindak sebagai aplikasi yang kononnya popular tetapi sudah dipasang trojan tanpa dikesan secara fizikal oleh peng­guna.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI