tangkap udang kara albina



UDANG kara albino yang ditangkap Philbrick dan Bates.


Maine (Amerika Syarikat): Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat sepasang udang kara albino dalam dua kejadian berasingan di Owls Head.

Dalam kejadian pertama Bret Philbrick menangkap haiwan berkenaan pada Khamis lalu manakala seorang lagi, Joe Bates membuat tangkapan itu beberapa hari sebelumnya.

Udang kara albino amat jarang ditemui, malah kemungkinan melihatnya dijangka hanya satu dalam sejuta.

Dua udang kara itu kini disimpan di Owls Head Lobster Co. Seekor akan di hantar ke Akuarium Negeri Maine dan satu lagi ke Brooks Trap Mill.

Kedua-duanya masih tidak cukup besar mengikut saiz yang diperuntukkan undang-undang dan dalam keadaan biasa sepatutnya dimasukkan semula ke laut.

Bagaimanapun, Peronda Marin memberikan pengecualian dalam kes itu.

Bates turut berjaya melakukan satu lagi tangkapan satu dalam sejuta pada Isnin lalu, iaitu udang kara kuning.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI