terselamat selepas dilanggar kenderaan SUV



 KELIHATAN seorang kanak-kanak berada dalam keadaan terduduk selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis SUV di sebatang jalan di bandar Jining, Shadong, China.

SHANDONG - Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di timur laut China merakam kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mencangkung dan leka bermain dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Sewaktu kejadian, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu bermain kayu dan tukul besi di tengah sebatang jalan di bandar Jining dalam wilayah Shandong sebelum sebuah kenderaan jenis SUV berwarna merah yang dipandu perlahan datang dari arah belakang kanak-kanak itu dan merempuhnya.
Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu kelihatan keluar dari bawah kenderaan itu dalam keadaan terkejut dan bangun sebelum berlari meninggalkan tempat kejadian.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun segera memberhentikan kenderaannya selepas menyedari telah melanggar seorang kanak-kanak.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan terselamat dan hanya mengalami luka-luka ringan pada muka dan kakinya.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu terselamat kerana saiz badannya yang kecil selain jarak antara bahagian badan kenderaan dan tayar yang agak tinggi.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI