rama rama terbang dalam lubang telinga lelaki



Buckinghamshire – Rob Fielding, 43, sedang asyik membaca buku di atas katilnya apabila secara tiba-tiba seekor rama-rama terbang dan memasuki telinganya.

Rama-rama sepanjang satu sentimeter itu tidak duduk diam sebaliknya ia terbang dalam lubang telinga Rob, menyebabkan Rob akan melompat setiap kali serangga itu bergerak.

Ketika serangga itu memasuki telinganya, dia membiarkannya dengan harapan ia akan keluar sendiri, tetapi malangnya ia berada di situ selama tiga hari.

Akhirnya, isteri Rob membawa suaminya menemui doktor dan jururawat di situ terkejut apabila mereka dimaklumkan mengenai punca keadaan Rob itu.

“Salah seorang daripada mereka menggunakan lampu untuk melihat ke dalam telinga saya dan mereka dapat melihat kakinya sedang bergerak,’’ kata Rob sebelum dia dirujuk ke bahagian telinga, hidung dan tekak.

Doktor mengambil masa selama sejam dalam pembedahan mengeluarkan rama-rama itu dan menggunakan penyepit sepanjang dua sentimeter.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI