perangai tak semengah...bakar rumah tak puas hati telefon rosak tak boleh di perbaiki




KUCHING - Gara-gara telefon bimbit tidak boleh dibaiki, seorang pemuda bertindak di luar batasan dengan membakar rumah pusaka peninggalan arwah ibunya dalam kejadian di Kampung Lereng Bukit di Miri kelmarin.

Ekoran kejadian pukul 9 malam itu, kira-kira 20 penghuni di dalam rumah yang dibina separuh konkrit tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah Toyota Wish milik penyewa di rumah tersebut. Seekor kucing peliharaan penghuni rumah itu juga nyaris mati rentung.

Bapa kepada lelaki yang berusia 27 tahun itu, Awang Chek, 63, berkata, sebelum kebakaran, dia bersama anak bongsunya itu pergi ke sebuah kedai telefon untuk membaiki telefon Samsung anaknya yang rosak namun pemilik kedai itu memaklumkan telefon tersebut tidak boleh diperbaiki.

"Anak saya hampa dan semasa dalam perjalanan pulang menunggang motosikal, dia sangat marah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk mahu membakar rumah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI