terpikat dengan robot seakan manusia



ujian mendapati ramai yang tidak menyedari bahawa robot ini bukan manusia sebenar.

TOKYO, Jepun – Sebuah robot yang dicipta seakan-akan wanita sebenar telah berjaya mengelirukan orang ramai sehingga ada yang menyatakan bahawa mereka terpikat dengan kecantikan robot berkenaan.

Robot yang dinamakan sebagai Actroid F dan memiliki ketinggian 1.7 meter itu kelihatan seperti manusia biasa dengan keupayaan mengerdipkan mata dan memberi respon kepada pandangan mata seseorang selain mampu mengenal bahasa tubuh.

Robot yang beroperasi dengan alat kawalan itu dibangunkan oleh pereka robot terkenal, Professor Yoshio Matsumoto di Institut Lanjutan Sains Industri dan Teknologi di Tokyo.

Baru-baru ini beliau telah melakukan ujian dan hasilnya seorang daripada dua individu yang diuji menyangka robot itu seorang manusia sebenar.

Video mengenai robot tersebut turut disiarkan di YouTube menyebabkan ramai yang terpesona dengannya.

“Saya mungkin berusaha memilikinya jika belum berkahwin,” kata seorang pengguna internet.

“Adalah pelik jika saya fikir dia comel,” komen seorang pengguna lagi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI