Najib cuba larikan diri jawab isu derma RM2.6 bilion bila kononnya akan menjawab pada 3 disember dan kemungkinan besar orang lain yang menjawab untuk beliau...dasar pencuri lepas tangan...!!!




Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjawab semua soalan dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, 3 Dissember ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata lebih baik mengumpul semua soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.

"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir.

"Tidakkah anda fikir ia adil untuk kumpul semua soalan dan beri jawapan sekali gus," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini.

Ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari itu, beliau berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."

Azalina berkata Peraturan Tetap tidak menyatakan soalan dibangkitkan di Dewan Rakyat perlu diberi jawapan pada hari sama soalan ditanya. - Bernama



##


syok sendiri najib dan barua  barua tolong coverline...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba mengelak menjawab persoalan berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya apabila memutuskan untuk menjawabnya pada 3 Disember depan, iaitu hari terakhir sidang Dewan Rakyat sesi ini.

Tindakan Putrajaya itu cubaan untuk berlengah-lengah daripada memberi jawapan komprehensif berhubung isu tersebut.

Ini plot kerajaan untuk mengelak daripada memberikan jawapan dan mengelakkan isu ini dibahaskan di Parlimen.

Kononnya jawapan tentang pelbagai persoalan mengenai perkara itu akan dijawab pada 3 Disember, hari terakhir persidangan.

3 Disember adalah hari terakhir. Mereka akan menjawab, mengambil beberapa soalan tambahan dan kemudian tidak akan ada ruang untuk berbahas atau bertanya soalan.

Pelbagai soalan dikemukakan mengenai isu wang derma RM2.6 bilion itu, tetapi tiada yang dijawab setakat ini.

Tetapi pada hari terakhir persidangan nanti, hanya ada satu soalan berhubung RM2.6 bilion itu ketika sesi soalan lisan.

Sebahagian daripada RM2.6 bilion itu disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib melalui syarikat berkaitan firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bahagian terbesar, AS$681 juta datang daripada sebuah syarikat British Virgin Islands, Tanore Finance, dan dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013.

Parti pembangkang PKR kemudiannya memfailkan saman terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Perdana menteri bagaimanapun menafikan dana itu datangnya daripada 1MDB tetapi tidak menafikan menerima wang itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mengumumkan dana itu datang daripada seorang penderma Timur Tengah, yang ia tidak namakan..

Biasalah....Pencuri  cuba elak daripada menjawab tentang barang yang mereka curi. Berani kerana BENAR, takut kerana SALAH.






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI