panjang umur selepas terkena renjatan elektrik 13,000 volt



Martinez cuma mengalami kesan lecuran dan terbakar di beberapa bahagian badannya.

BOGOTA, Columbia – Beberapa doktor di sebuah hospital di sini hairan apabila mendapati seorang lelaki masih terselamat selepas terkena renjatan elektrik dengan arus 13,000 volt semasa membaiki sebuah kabel elektrik baru-baru ini.

Lelaki itu, Rioler Martinez yang berasal dari Barranquilla, utara Colombia dikatakan cuba membaiki kabel elektrik di luar rumahnya selepas bekalan elektrik terputus.

Dia kemudian menggunakan sebatang kayu panjang untuk menyentuh wayar elektrik itu menyebabkan dia terkena renjatan elektrik.

Satu rakaman video berdurasi 23 saat menunjukkan Martinez berada di atas sebuah tiang kabel elektrik sebelum dia terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali.

“Arus elektrik itu sangat kuat. Saya berhenti merakam video itu dan mula menangis kerana saya berasa dia akan mati,” kata seorang penduduk, Cesar Sarmient yang merakamkan kejadian tersebut.

Sementara itu, beberapa doktor berkata, mereka terkejut kerana lelaki itu masih hidup walaupun badannya melecur dengan teruk.

“Lazimnya, seseorang itu akan meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dengan arus lebih 11,000 volt, namun dia masih hidup,” kata seorang doktor, Karen Blanco.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI