superbug terjadi akibat salah guna antibiotik



Penyalahgunaan antibiotik bakal mewujudkan keadaan di mana kuman atau bakteria dalam tubuh manusia menjadi lebih kebal atau digelar ‘superbug’ dalam istilah kesihatan.

Isu penyalahgunaan antibiotik bukanlah baharu namun ia perlu diberi perhatian serius dan dibendung oleh semua pihak.

Fenomena ini memang sudah dijangka terutamanya di kalangan komuniti yang kini menuju ke arah menjadi negara maju. Ini dapat dilihat dalam trend sejarah banyak negara-negara lain seperti United Kingdom dan Ireland.

Antara faktor penyumbang ke arah fenomena ini adalah persepsi masyarakat itu sendiri yang beranggapan bahawa rawatan antibiotik berkesan untuk semua penyakit.

Lantaran itu, sebahagian masyarakat turut memberi tekanan kepada doktor agar memberikan preskripsi antibiotik.

Ini berikutan  di laporkan bahawa penggunaan antibiotik secara tidak betul semakin serius.

Ia membimbangkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia, ekoran kesan ubat itu selama ini dianggap menjadi kebal daripada melawan penyakit.

Antibiotik merupakan ubat yang banyak menyelamatkan nyawa pesakit daripada jangkitan bakteria serius, namun sering disalahgunakan untuk mengubati penyakit yang tidak memerlukannya.

Akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu, keberkesanan antibiotik untuk mengubati penyakit atau jangkitan semakin berkurangan kerana jangkitan yang disebabkan oleh bakteria sering kali gagal bertindak balas terhadap rawatan standard.

Masyarakat perlu tahu bahawa kebanyakan penyakit berjangkit seperti selesema, batuk, bersin, demam biasa, cirit-birit, dan muntah-muntah adalah daripada virus dan bukannya kuman.

Untuk jangkitan virus, antibiotik bukan sahaja tidak berguna, malah tiada peranan langsung. Pesakit mungkin hanya akan mendapat kesan sampingan… dan apabila badan didedahkan berkali-kali dengan dos antibiotik yang tidak perlu, kuman-kuman lain dalam badan akan bertindak balas dengan memperkuatkan biologi mereka sehingga akhirnya kuman ini kebal terhadap antibiotik.

Pada masa akan datang, mereka yang sering kali terdedah kepada pengambilan antibiotik tidak terkawal dan tidak diperlukan badan mungkin tidak akan memberikan respon lagi terhadap antibiotik dan seterusnya memerlukan antibiotik yang lebih kuat dan lebih mahal kosnya.

Contoh mudah yang boleh dilihat hasil daripada penyalahgunaan antibiotik ialah peningkatan kes-kes bakteria kebal seperti methicillin resistant staphylococcus aureus (mrsa) serta vancomycin-resistant staphylococcus aureus (vrsa).

Sehubungan itu, para doktor tidak akur pada permintaan pesakit sebaliknya bertanggungjawab menerangkan dan mendidik mereka akan akibat penyalahgunaan antibiotik sebagai usaha membendung perkara itu daripada menjadi semakin buruk.

Kita tidak menyangkal kemungkinan pelbagai persepsi atau masyarakat akan melabelkan sesebuah klinik atau hospital sebagai tidak bagus sekiranya permintaan mereka untuk mendapatkan antibiotik tidak dipenuhi.

Namun begitu  antibiotik bukanlah sejenis ubat yang mudah dibeli melalui kaunter klinik atau farmasi sebaliknya perlu mendapatkan kebenaran dan preskripsi daripada doktor.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI