bunuh diri kerana wang hantaran terlalu tinggi



GARA-gara tidak berkemampuan menyediakan wang hantaran seperti yang diminta keluarga tunangnya, seorang lelaki warga China bertindak membunuh diri dua minggu sebelum hari perkahwinannya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh keluarga lelaki tersebut yang mendakwa keluarga wanita berkenaan sebagai penyebab kepada kematian anaknya.

Difahamkan, ketika Xiaoleu dan kekasih hatinya, Lanlan melangsungkan pertunangan pada Disember lalu, dia diminta memberikan 10,000 yuan (RM6,722)  beserta beberapa barangan lain yang bernilai lebih 30,000 yuan (RM20,166).

Bagaimanapun, sebulan kemudian, keluarga tunangnya turut meminta wang tambahan 20,000 yuan (RM13,444) berserta hadiah seperti rokok dan arak.

Dek tertekan tidak mampu memenuhi permintaan mereka, Xiaolei kemudian membunuh diri dengan terjun dari bangunan di sebuah tapak pembinaan tempat di bekerja di Shanghai.

Berikutan itu, keluarga Xiaolei yang menyalahkan keluarga wanita itu bertindak menyaman dan meminta mereka memulangkan semula wang serta barangan yang pernah diberikan anaknya itu.

Memetik laporan stesen CCTVNews, bagaimanapun, mahkamah hanya memerintahkan keluarga Lanlan mengembalikan wang sahaja

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI