pesawat penumpang Russia di letupkan oleh pejuang IS,,?




ANGGOTA penyiasat tentera Rusia melakukan siasatan ke atas bangkai dan serpihan pesawat Metrojet yang dikatakan dibom selepas 23 minit berlepas dari Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh, Mesir pada 31 Oktober lalu.

KAHERAH – Industri pe­nerbangan dunia digemparkan dengan pendedahan terbaru pasukan penyiasat bahawa sebutir bom berkemungkinan besar diletakkan kumpulan pejuang  Islamic State (IS) sehingga meletupkan pesawat Rusia di Semenanjung Sinai, Mesir pada 31 Oktober lalu.

Sumber keselamatan Amerika Syarikat (AS) dan Britain membuat pendedahan itu berdasarkan beberapa petunjuk seperti bunyi pelik dirakam di dalam kokpit dan imej satelit mengesan satu pancaran haba ketika nahas.

“Terdapat perasaan jelas bahawa nahas itu disebabkan oleh bahan letupan yang diletakkan di dalam bagasi atau kapal terbang tersebut.

“Alat letupan mungkin di­letakkan di dalam bagasi atau mana-mana di dalam pesawat,” kata sumber keselamatan AS mengenai nahas pesawat Metrojet milik syarikat Kogalymavia.

IS menguasai kawasan yang luas di Iraq dan Syria dan turut berperang dengan tentera Mesir di Semenanjung Sinai.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI