kantoi...curi tengkorak untuk dijadikan ubat



FU (tengah) menunjukkan kubur yang digalinya untuk mendapatkan tengkorak.

Beijing: Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum dikisar menjadi serbuk bagi dijadikan ubat untuk anaknya yang sakit mental.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Fu dipercayai menggali beberapa kubur di sebuah kampung di daerah Jinxian di wilayah Jiangxi sejak Julai lalu.

Fu yang berusia 40-an dilaporkan mengambil tengkorak wanita yang mati 30 tahun hingga 100 tahun.

Misteri kehilangan tengkorak di tanah perkuburan itu akhirnya terungkai apabila penduduk kampung ternampak Fu membawa guni pada minggu lalu.

Penduduk yang mengesyaki sesuatu yang mencurigakan menghubungi polis yang kemudian menahan Fu.

Ketika pemeriksaan polis menemui tengkorak dalam guni yang dibawa Fu dan lelaki itu mengaku mencuri tengkorak di kubur berkenaan.

Fu berkata, pengamal perubatan tradisional memberitahunya, penyakit mental anaknya boleh diubati dengan meminum air serbuk tengkorak wanita.

“Saya hanya mengambil tengkorak wanita kerana diberitahu ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit anak saya,” katanya.

Fu mengakui keadaan anaknya tidak berubah walaupun meminum air serbuk tengkorak berkenaan beberapa kali

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI