Pesawat komersial terpantas yang pernah dihasilkan ialah Concorde. Ia mampu terbang pada kelajuan 2179 kilometer sejam. Ini bermakna ia mampu terbang dari Kuala Lumpur ke London dalam masa kurang lima jam. Perjalanan di antara dua kota besar ini sekarang mengambil masa lebih 14 jam.
Concorde ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2003 kerana faktor keselamatan dan pesawat yang semakin uzur. Terdapat beberapa projek sedang dijalankan bagi mencari pesawat yang mampu menggantikan Concorde. Airbus sudahpun memfailkan paten pesawat berkelajuan tinggi tahun ini yang mampu terbang pada kelajuan mencecah 5000 kilometer sejam. Pesawat yang masih hanya konsep ini menggunakan enjin turbojet biasa dengan enjin ramjet.
Pesawat Airbus ini mungkin hanya sebuah konsep buat masa ini. Tetapi firma Reactive Engine yang berpangkalan di United Kingdom kini sedang membangunkan pesawat Skylon yang mempunyai kemampuan bergerak pada lima kali ganda kelajuan bunyi.
Skylon ialah pesawat yang direka bagi membawa kargo ke angkasa lepas menggunakan pesawat biasa. Ia menggunakan enjin Sabre iaiatu gabungan jet dan roket. Kerajaan United Kingdom baru sahaja mengumumkan pelaburan bernilai £60 Juta (RM 396 Juta) di dalam Reactive Engine bagi merealisasikan Skylon. Mereka berharap ujian pertama dapat dijalankan pada tahun 2020.
Sekiranya berjaya Skylon dapat mengurangkan kos untuk terbang ke angkasa lepas. Satelit boleh disimpan di bawa di dalam Skylon dan ia akan terbang dan mendarat seperti kapal terbang biasa tanpa keperluan tapak pelancaran roket konvensional.
Pesawat Berkelajuan Lima Kali Kelajuan Bunyi....Kerajaan UK Melabur RM 396 Juta ....Kalau Kerajaan Haramjadah Malaysia Konfirm Jadi Berpuloh Billion Termasuk Duit Komisen Dan Derma Peribadi Sekali...Kah Kah kah...!!!
7:52 PTG
berita
,
england
,
kelajuan bunyi
,
labur
,
lebih laju
,
luar negara
,
pesawat
,
teknologi
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI