bukan membangun bersama islam...tetapi kerajaan PAS kelantan membangun bersama BN ( BURID NAJIB ) kaki kencing rakyat... naikkan elaun ADUN tapi tak bayar tunggakan kakitangan YIK...!!!



Wakil rakyat Kelantan dapat elaun RM8,000 sebulan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan.

Menurut portal Berita Harian Online, keputusan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.

Ahmad berkata, kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.

"Kerajaan negeri sangat memahami perkara ini di mana sebagai wakil rakyat mempunyai banyak tugas berat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

"Mereka perlu mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing bagi menyelesaikan kesengsaraan rakyat.

"Justeru, kadar kenaikan gaji kepada RM8,000 adalah sangat tepat untuk masa ini bagi meringankan beban wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan rakyat masing-masing," katanya dipetik portal itu. -mk


ini pulak apa cer...ada duit naikkan elaun ADUN  tapi  boleh pulak kencingkan guru guru YIK...elok punya adab islam PAS nih....!!!


Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.

Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan.

"Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu.

"Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya.

Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus.

"Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi.

"Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan.

Bernama





##


Amat ketara kerajaan negeri Kelantan selepas era TGNA kini sudah "tidak membangun bersama Islam" apabila mementingkan kocek dan perut sendiri apabila meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan sedangkan tunggakan bernilai RM14.6 juta kepada guru-guru dan kakitangan YIK tidak dilunaskan terlebih dahlu.

Di bawah pentadbiran baharu selepas TGNA, kerajaan Kelantan sudah tidak takut dengan dosa. Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya kosmetik untuk memperdaya rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan kebajikanwakil-wakil rakyat untuk hidup bersenang lenang di atas kesengsaraan, penderitaan dan airmata rakyat.

Ini belum lagi ditinjau keadaan rakyat yang menderita yang masih tinggal di khemah-khemah akibat daripada kesan banjir yang melanda Kelantan pada tahun lalu.

Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim! Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO.

Apakah ini wajah kerajaan Islam yang ingin ditonjolkan oleh Kelantan? Sebelum ini kerajaan Kelantan sibuk dengan pembentangan hudud. Katanya itu hukum Allah yang perlu ditegakkan dan perjuangan itu perlu diutamakan sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi telah terang-terang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!".

Sekarang mana hududnya? Ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Hudud hanya agenda politik kumpulan ulama PAS untuk mengenepikan profesyional semasa muktamar yang lalu. Dan isu hudud hanyalah untuk menutup kelemahan, kebobrokan dan kebodohan pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri.

Apa nak jadi pas ni.. aku yakin pru14 memang kena kerajaan pas kelantan ni. Yang heran... ustaz2 serban ni masih sombong dan ego.. takut nanti kalau ada lahir parti islam yg pakai jubah dan serban rakyat malaysia tak percaya lagi...60 tahun pas kat malaysia.. ini perangai pas sebenarnya.. memang selama ini ustaz2 serban ni segan dgn TGNA..meninggal je TGNA.. serban ganti tanduk.


Pemimpin PAS ni senang lenang hasil jual agama secara borong..PRU14 ni minta rakyat kelantan jangan termakan umpan agama dari puak2 lebai kelaghoh...jangan percaya kepada Mat Yaakob dan Mat Rover..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI