Kubur Bayi Diselongkar Pencuri



SEORANG wanita mungkin terpaksa mengorek semula kubur bayinya yang meninggal dunia enam tahun lalu selepas barang-barang mainan yang ditinggalkan di kubur berkenaan menjadi mangsa pencuri.

Tracey Bolton, dari Chaddesden, Derbyshire, amat sedih apabila bayinya, Jamie Godrich meninggal dunia ketika berusia hanya enam minggu. Sejak itu dia akan mengunjungi kubur bayinya itu dan meletakkan bersama mainan di situ. Namun dia terkejut kerana barang mainan tersebut turut dicuri.

 Memikirkan akan keadaan itu Tracey, 42, dan pasangannya Mark Godrich, 37, bercadang untuk memindahkan kubur bayi mereka ke tempat lain.

 Tracey mempunyai seorang anak lelaki, Lian berusia 10 tahun dengan Mark, juga memiliki anak-anak remaja lain hasil perkahwinannya sebelum ini. “Pencuri tidak berhati perut itu telah mencuri barang mainan bayi saya dan ia amat menjijikkan.

Mereka langsung tidak ada perasaan,’’ katanya. Jelasnya, dia meletakkan barang mainan berkenaan kerana tidak sempat melihat bayi tersebut membesar.

 “Kecurian itu berlaku sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ia bukan mengenai nilai wang tetapi lebih kepada nilai sentimental,’’ katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI