najis manusia berpotensi jana tenaga untuk bekalan eletrik...wa nak tunggu gas kentut di jana ganti gas memasak pulak...kah kah kah



WASHINGTON – Gas yang dihasilkan daripada pereputan najis manusia berpotensi menjadi sumber tenaga utama untuk menyediakan bekalan elektrik kepada berjuta-juta kediaman di samping meningkatkan tahap kebersihan di negara-negara membangun, jelas satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Biogas yang mengandungi 60 peratus metana, boleh dihasilkan dengan menggunakan bakteria untuk menguraikan najis manusia. Sumber tenaga itu dianggarkan bernilai AS$9.5 bilion (RM40.5 bilion), lapor Institut Air, Alam Sekitar dan Kesihatan PBB.

Sisa kumbahan terawat itu boleh menghasilkan dua juta tan bahan api ‘pejal’ setahun di seluruh dunia sekali gus mampu mengurangkan penggunaan arang batu dan penebangan pokok, tambah laporan tersebut.

Hampir satu bilion penduduk di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada tandas, manakala hampir 60 peratus daripadanya tinggal di India. Mereka terpaksa membuang air besar di luar rumah.

Jika najis mereka dapat dikumpulkan, ia berpotensi untuk digunakan bagi menghasilkan biogas bernilai lebih AS$200 juta (RM853 juta) setahun dan nilai itu dijangka meningkat kepada AS$376 juta (RM1.6 bilion), jelas kumpulan penyelidik tersebut.

Jumlah tenaga tersebut cukup untuk kegunaan 18 juta kediaman, jelas laporan itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI