jet Rusia di tembak jatuh




ANKARA – Dua jet pejuang F-16 milik Turki menembak jatuh sebuah pesawat tempur Sukhoi-24 buatan Rusia yang menceroboh ruang udara negaranya berhampiran sempadan Syria hari ini, kata seorang pegawai Turki.

Insiden itu akan mencetuskan ketegangan terbaharu apabila sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menembak jatuh jet Rusia buat kali pertama sejak tahun 1950-an.

Imej stesen penyiaran swasta Turki, Haberturk TV menunjukkan pesawat Sukhoi-24 itu terhempas dan terbakar di kawasan pergunungan Turkomen.

Agensi berita Anadolu turut menyiarkan imej yang menunjukkan dua juruterbang pesawat Rusia itu keluar dari pesawat dengan menggunakan payung terjun sebelum ia terhempas.

Bagaimanapun, Rusia mendakwa pesawat tersebut masih berada di ruang udara Syria dan bukannya Turki.

"Sebuah pesawat Sukhoi-24 milik tentera Rusia terhempas di Syria. Ia berada pada ketinggian 6,000 meter ketika ditembak," menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Rusia.

Pemerintah Rusia mengutuk tindakan Turki yang menembak jatuh pesawat pejuang miliknya tetapi enggan memberikan komen lanjut sebelum memperoleh gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

"Kejadian (pesawat Rusia ditembak jatuh) itu merupakan satu insiden yang serius," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov seperti dilaporkan agensi berita AFP


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI