100 maut lombong jed jadi tanah perkuburan



ANGGOTA tentera penyelamat mencari mayat pelombong yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lombong jed di Hpakhant, Myanmar  kelmarin

YANGON – Kira-kira 100 orang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan jed di pedalaman utara Myanmar, kata beberapa pegawai semalam ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha untuk mencari mayat mangsa.

Mereka maut ketika menggeledah dan menggali timbunan tanah dan batu yang dilonggokkan jentera pengorek milik syarikat perlombongan di kawasan itu.

Sejumlah pencari permata membina pondok-pondok di kawasan itu dalam negeri Kachin untuk mencari sisa batu jed yang tertinggal.

“Kami hanya menemui mayat manusia dan tiada siapa tahu berapa ramai pencari permata tinggal di kawasan itu,” kata pegawai pentadbiran di Hpakant, utara Kachin, Nilar Myint sambil menambah, operasi menyelamat masih diteruskan.

Menurutnya, proses mengenal pasti mangsa yang maut sukar kerana pencari permata itu terdiri daripada imigran asing.

Myanmar merupakan sumber tunggal batu jed paling bernilai di dunia. Permata hijau itu lebih dihargai oleh penduduk China berbanding barangan lain.

Tanah runtuh merupakan bahaya biasa di kawasan perlombongan batu jed dengan pencari-pencari permata menggeledah longgokan tanah dengan harapan dapat memperoleh jed yang berharga beribu-ribu dolar.

Dalam laporannya pada Oktober lalu, pertubuhan bukan kerajaan, Global Witness menganggarkan nilai industri jed yang dimonopoli tentera itu bernilai AS$31 bilion (RM132.5 bilion) pada 2014 atau hampir separuh daripada keluaran negara kasar Myanmar.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI