tak dapat kejar pejuang IS dan taliban tentera amerika bom hospital




SEKEPING gambar yang disiarkan oleh MSF menunjukkan seorang kakitangannya tercedera akibat serangan udara yang dilancarkan ke atas sebuah hospital di bandar Kunduz kelmarin.

KABUL – Kumpulan bantuan perubatan, Medecins Sans Frontieres (MSF) menafikan pejuang Taliban melepaskan tembakan ke arah sebuah hospital di sini menyebabkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengesyaki tentera udara Amerika Syarikat (AS) mungkin terlibat dalam serangan udara itu.

Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di dalam pertempuran yang bertujuan untuk menggulingkan kumpulan pejuang Islamic State (IS) dari bandar Kabul.

Bandar Kunduz di utara Afghanistan telah menjadi lokasi pertempuran sejak Taliban menawan bandar itu kira-kira seminggu yang lalu.

Pasukan keselamatan Afghanistan terpaksa melancarkan serangan balas ke atas Kunduz kira-kira empat hari yang lalu namun pertempuran dilihat berlaku secara berterusan di beberapa kawasan.

Kumpulan MSF yang turut dikenali sebagai Doktor Tanpa Sempadan berkata, serangan udara itu mungkin dilakukan oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh AS sekali gus menyebabkan 19 pegawai MSF dan pesakit terbunuh kelmarin di sebuah hospital di Kunduz.

Serangan berkenaan menyebabkan 37 yang lain mengalami kecederaan.

Tentera AS berkata, pihaknya melancarkan satu serangan udara di sekitar kawasan hospital kerana menyasarkan pemberontak Taliban yang dilihat melepaskan tembakan secara terang-terangan ke atas anggota tenteranya.

Dalam pada itu, AS berjanji untuk menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas insiden itu selepas ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, serangan bom itu menjadi jenayah peperangan.

Di Kabul, Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, kumpulan Taliban telah menyerang hospital itu dengan menggunakan bangunan tersebut sebagai perisai manusia.

Bagimanapun, MSF menafikan kenyataan tersebut.

“Pintu-pintu di sekitar hospital itu telah ditutup sepanjang malam menyebabkan tiada kakitangan, pesakit atau penjaga yang berada di dalam hospital itu apabila serangan bom berkenaan berlaku,” kata MSF dalam satu kenyataan semalam.

Beberapa saksi bekata, pesakit telah dibakar hidup-hidup di dalam hospital yang sesak selepas serangan udara berlaku pada Sabtu lalu.

Antara yang terbunuh ialah kanak-kanak yang sedang dirawat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI