kisah organ banduan dicuri



DOKUMENTARI bertajuk Hard To Believe mendedahkan sindiket perdagangan organ banduan di China.

BEIJING – Beribu-ribu organ manusia termasuk hati, buah pinggang, kornea dan jantung daripada tahanan agama di China telah dicuri semasa mereka masih hidup dan dunia tidak memberi perhatian tentang isu itu, menurut sebuah dokumentari baru-baru ini.

Khabar angin perdagangan organ di China mula menjadi perhatian umum pada 2006 dan turut disokong oleh peguam-peguam hak asasi manusia, saksi-saksi dan pakar bedah yang melakukan aktiviti itu.

Namun dakwaan penganut kepercayaan Falun Gong menjual organ mereka kepada pelancong pemindahan organ yang kaya dari seluruh dunia masih belum dipandang serius.

Dokumentari bertajuk Hard to Believe, memberi gambaran penyiasatan mengapa dunia sanggup menutup mata kepada salah satu daripada pencabulan hak asasi manusia paling dahsyat pada masa ini.

“Apa yang membuatkan saya menghasilkan dokumentari ini adalah bukti yang ada sangat kuat namun ia sukar dibincangkan,” ujar pengarah, Ken Stoneke .

Seorang doktor dari etnik Uighur dari wilayah Xinjiang, barat China mendedahkan penglibatannya dalam sindiket itu apabila dipaksa mengeluarkan organ daripada badan seorang banduan yang terkena tembakan sebelum bekerja sebagai pemandu teksi di London.

Laman web Matas dan Kilgour melaporkan penyiasatan awal pada 2006 mendapati hospital mengenakan caj £19,800 (RM132,000) bagi satu organ kornea, buah pinggang (£40,900 atau RM274,000) dan (£86,000 atau RM576,000) bagi hati atau jantung.

Bukti utama menunjukkan organ di China mempunyai kadar pemindahan organ kedua tertinggi di dunia, walaupun hanya 37 orang mendaftar sebagai penderma di seluruh negara, menurut Palang Merah.

China sendiri mengumumkan bahawa kira-kira 10,000 pemindahan organ dilakukan setiap tahun dan mengakui angka lebihan itu datang daripada banduan yang dihukum mati.

Hasil penyiasatan juga membuat kesimpulan bahawa kira-kira 40,000 tahanan Falun Gong telah dibunuh kerana organ mereka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI