Nokia 1100 adalah telefon mudah alih paling laku di Dunia



Apple dengan bangganya mengumumkan 13 juta peranti iPhone 6S dan 6S Plus terjual dalam masa hanya tiga hari. Sambutan terhadap peranti Cupertino terkini ini memang dijangka kerana ia memperkenalkan fungsi 3D touch serta RAM yang lebih besar berbanding model tahun lalu yang terjual lebih dari 60 juta unit.

Tetapi telefon mudah alih yang paling laku dalam sejarah dunia bukanlah sebuah iPhone. Telefon yang memegang gelaran ini sebenarnya ialah Nokia 1100. Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, 250 juta Nokia 1100 telah terjual. Ia juga merupakan telefon mudah alih ke 1 Billion yang dijual oleh Nokia pada tahun 2005.

Telefon “tidak pintar ” ini sudah dihentikan pengeluarannya sejak 2009 tetapi kini masih popular terutamanya di kalangan penggodam. Perisian 1100 boleh diubah suai bagi membolehkan ia memintas panggilan ataupun mesej pesanan ringkas peranti lain.

Data yang dicuri kemudian boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar undang-undang. Terdapat laporan sebuah Nokia 1100 dengan perisian yang sudah diubahsuai dijual pada harga mencecah €20000 (RM 98800) di pasaran gelap. Ini adalah amat menakjubkan kerana harga asalnya adalah sekitar $100 sebuah.

Jadi jika anda mempunyai kepakaran mengubahsuai perisian peranti dan memiliki Nokia 1100, anda boleh menjadi kaya serta merta dengan hanya menjual sebuah peranti kuno ketinggalan zaman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI