serangan bom pemisah islam di pattani...2 renjer maut
8:56 PG
berita
,
luar negara
,
pattani
,
pejuang islam
,
pejuang pattani
,
pejuang pemisah
,
tindas
,
zalim
Edit
SEORANG askar Thai memegang pakaian tentera ketika memeriksa kawasan serangan di Sai Buri, Pattani,kelmarin
Pattani: Dua anggota renjer Thailand maut dan lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terkena letupan bom yang dipasang di tepi jalan, kelmarin.
Jurucakap tentera Thai, Pramote Prom-in berkata, bom itu meletup ketika anggota renjer itu membuat rondaan di daerah Sai Buri di wilayah Pattani.
Pramote menganggarkan bahan letupan yang digunakan dalam serangan itu seberat 100 kilogram.
Wartawan Reuters yang berada di lokasi serangan memberitahu lubang yang terbentuk akibat letupan kuat itu boleh memuatkan seekor gajah.
Pergolakan di selatan Thai berpunca daripada gerakkan kumpulan pemisah yang mendakwa umat islam di selatan thai sentiasa di tindas dan di zalimi oleh pemerintah siam yang mana telah meragut lebih 6,500 nyawa sejak 2004.
Kumpulan pemisah, Barisan Revolusi Nasional sehingga kini masih belum bersetuju mengenai rundingan damai dengan Bangkok.
Kata Pramote, serangan terbaru itu kemungkinan tiada kaitan dengan rundingan damai yang masih buntu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI